JURNAL - Atelic FYP 2025 Pengajian Sarjana Muda Fotografi & Percetakan di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM Puncak Alam
Semalam (27 Julai 2025) ialah hari terakhir untuk melawat hasil kerja pelajar tahun akhir Pengajian Sarjana Muda Fotografi & Percetakan di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM Puncak Alam.
Tidak dapat mengulas secara details hasil pelajar ini kerana kita tidak pun terlibat dengan asessment mereka ni jadi proses mengumpul, menganalisis, dan mentafsir maklumat untuk memahami kualiti, nilai, atau tahap pencapaian sesuatu perkara atau individu (- menurut PRPM) sememangnya kita bukanlah pihak yang layak memberi kritikan.
Setiap tahun apa yang aku nak lihat ialah perkembangan generasi baru dalam penghasilan dan persembahan.
Apa yang baru?
Apa method yang digunakan?
Approach of penghasilan atau untuk menghasilkan?
Cara persembahan?
Sama, macam dah ada template.
Sekarang sudah tahun 2025. Apa yang pihak IPTA/IPTS boleh buat untuk revamp perkara sebegini?
Apa yang boleh aku buat semalam ialah berborak dan bertanya bagaimana dan kenapa mereka memilih subjek.
Since mereka juga tiada apa apa perkara untuk ditanya, makanya sesi semalam ialah sesi lawatan sahaja.
Comments
Post a Comment