Cerita tentang Fine Art Photography


Tadi siang (9 August 2025) ke talk oleh Pensyarah Kanan UiTM, Andrialis Abd Rahman yang bercakap tentang Fine Art Photography bersempena Pameran Fotografi Ekspresi Emosi Warna 2025 di Galeri 1, Galeri Shah Alam.

Apa itu Fine Art Photography? Ntah, aku tak tau. Kita boleh buat carian dalam web dan membaca tapi ada peluang berjumpa dan bertanya.. kenapa tidak?

Sebab tu aku datang untuk bertanya kepada Cik Andrialis yang mengajar, masih belajar dan masih aktif berkarya.

Andrialis memulakan sesi dengan memberi pengenalan kepada sejarah dan who's who dalam genre itu dan meneruskan dengan memperlihatkan karya karya terdahulu yang pernah terbitkan untuk pelbagai pameran.

Sesi berjalan lancar dengan diselang-seli soal jawab.. cumanya bingit tu masuk sebab ada acara berlangsung kat luar.

Aku tanya dua soalan, tentang penerimaan komuniti fotografi tempatan terhadap Fine Art Photography (akan ditulis sebagai FA selepas ini) dan definisi FA dari pengkarya dan umum, dengan contoh yang diberi ialah pengkarya akan mengambil gambar sebuah kerusi dalam satu ruangan yang kosong dan meletakkan itu sebagai FA pada definisinya namun bila dipertonton pada umum, ia hanyalah gambar sebuah kerusi atau produk atau sekadar objek biasa.

Menjawab soalan pertama, ia pendek.. Ada tapi tak begitu berimpak. Memang ada pengkarya yang membuat FA tapi dia dah ada kerja lain, bukan full time kerana untuk membuat FA itu dan menjualnya di Malaysia agak sukar, that the main challenge of FA di sini berbanding luar negara. Tentang Pemahaman dan penghargaan, pengiktirafan, dan penghayatan terhadap nilai sesuatu, terutamanya dalam konteks karya seni atau sastera itu aku juga setuju kita masih belum sepenuhnya sampai ke tahap itu.. mungkin kepada para pengumpul seni ia ada nilainya

Yang kedua itu dah macam conceptual.. penilaian akan visual yang terpampang itu akan bertaut pada pemahaman dan pentaksiran tentang seni itu pada diri sendiri dan mereka (yang melihat) akan terus jump into conclusion.

Namun, sebagai seorang pengkarya kita ada tanggungjawab untuk terangkangkan "KENAPA?" kita buat karya begitu - ini yang aku pahamkan sebagai OBJEKTIF.

Menurut Andrialis, kadangkala ada je artis yang buat karya tetapi karya yang dihasilkan itu tidak up to standard (what standard?, nanti ada peluang boleh tanya kat dia) sebab jadi artis senang, nak buat karya tu senang tapi nak kekal sebagai artis tu susah.

Itu cerita yang lain lah.

Sebagai pensyarah dia sering mengingat pelajarnya tentang ilmu fotografi tu sendiri, dari mana asalnya dan mengapa kita menggunakan fotografi walaupun kita buat FA tapi jangan lupakan semua fundamental kerana untuk mereka 'twitch' tentang segala asas fotografi tu yang penting ialah "KENAPA?".

Walaupun segala asas itu (composition, framing..) tak wajib dalam FA tapi ia membantu mereka memahami the framework untuk dipersembahkan untuk hasil akhir nanti - erti lain, know the rules before you break the rules.

Walaupun begitu, dia tak rasa dia dah sampai satu level dimana dia boleh secara sembrono menghasilkan karya dan mengklasifikasikan ia FA kerana masih berdiri atas platform fotografi dan masih berpegang pada 'rukun' fotografi.

Untuk dia 'twitch' asas fotografi atas justifikasi "KENAPA?" dan pastikan ada sebab untuk melakukan perkara sedemikian - dalam penghasilan karya.

Jika justifikasi "KENAPA?" itu kuat dan bersesuaian, kasi ON sajalah.

Pada aku penting untuk aku dapatkan pandangan dari sudut akademik tentang pemahaman yang lebih jelas kerana struktur pemahaman yang aku praktikkan itu dari segi praktikal dan melalui pengalaman sahaja, jadi bila ada input dari structured mind yang mempunyai Pedagogi Pengajaran jadi otak benak ni boleh menerima apa yang disampaikan.

On my take as an art photography practitioner, sebagai artis aku menggunakan fotografi sebagai medium untuk menyampaikan maksud dan penceritaan dalam karya. Apa jua gaya penghayatan yang kita cuba sampaikan nanti, perlulah ada signifikasi yang berkaitan dengan apa yang kita persembahkan - itu objektif dari pengkarya. Penerimaan umum yang melihat itu adalah subjektif. Setuju?

The process itself is an art.

NOTA KEKAKIAN: Untuk mengelak lupa, hampir penuhnya ilmu yang setakat ini aku terima hanyalah di meja kopi dan tanya di anak tangga dari malam hingga ke Subuh dan selebihnya berjumpa untuk bertukar pandangan tentang "lepas tu apa?"

NOTA KEKAKIAN II: Mohon Andrialis Abdul Rahman perbetulkan jika ada salah penyampaian pemahaman dalam posting ini.

Comments