JURNAL - Alternative Print : Cyanotype or Blue Print

5 January 2024

First test buat Sun Print guna cara D.I.Y. hari ni. Di sebab kan payah nau nak cari tempat untuk print transparency film, jadi aku convert digital black n white print yang aku ada kat rumah tu guna minyak masak je.

Awal sebelum tu kita sediakan Ferric Ammonium Citrate sama Potassium Ferricyanide untuk cukup buat dua layer bagi A4 sizes watercolour paper.

Kasi sandwich sama glass dan plywood.. Tapi tadi mendung takde cahaya.. Exposed sejam, lepas tu kasi basuh sama rendaman air sabun je.

OK lah untuk first try ikut cara kat YouTube tu.

Lepas ni boleh lah invert sebelum print bnw nanti.



6 January 2024

Cubaan ke dua Sun Print. Sama proses cuma kali ni sempat buat invert print pagi tadi.

Seharian tiada matahari, mendung. Tapi buat la jugak.. Cumanya selepas 20 minit, hujan pulak.

Nota: Photo oleh Ekamil Razali circa 2020's at Petaling Street, Kuala Lumpur



11 January 2024

Kali ketiga sun print kali ni guna penambahan 5mg kunyit + 15ml air untuk diluted lepas tu peram jap dalam sejam.

Cumanya takde cahaya matahari, mendung amat.

Masa develope tu campur cuka masakan untuk oxidation. Jadi warna hijau pulak, biasanya coklat.. ☠️



18 January 2024

Bahan sampai. Mari membancuh. Esok tunggu cahaya ultraunggu.



19 January 2024

Hasil semakin baik dari sebelumnya.

Komposisi diubah dari 1:1 ke 1:3. Kali ini tunggu matahari tengahari dan pendedahan juga lebih sekejap.

Masih guna DIY negative sebab belum jumpa kedai printer yang boleh print transparency.



20 January 2024

Re-purposed dengan negative yang sama tapi menggunakan komposisi

1:3 (Ferric Ammonium Citrate : Potassium Ferricyanide).

Cuma kali ni coating nipis, hanya 2ml dengan campuran bahan yang tersedia awal.

Hari ini mendung, tiada cahaya..exposed untuk 10 minit.

Seminit Water washed - seminit 500ml+dua cup Cuka - Running water washed untuk seminit.

Lepas tu gantung lah.



27 January 2024

Cyanotype atas kertas tisu selepas 24 jam.

Proses yang sama, 1:1 jemur untuk empat minit di bawah matahari tengahari. Bilas sama air mengalir untuk dua minit dan di rendam lagi sekitar seminit bersama air dan dua sudu kecil cuka.

Ia jadi pekat.





18 September 2024

To date, warna masih lagi kekal tanpa sebarang perubahan. 

Makanya, boleh teruskan segala projek yang tertangguh 



Comments