JURNAL - Photojournalism 101: Nota ketika Pilihan Raya Umum 15

Ini ialah catatan ketika membuat tugasan untuk Pilihan Raya Umum 15 di kawasan Parlimen Sungai Buloh


Day 01

Layan ground zero hunting gambar for #GE15 . Lemau sikit sebab tadi kena naik tangga pi dewan kuliah, mengah!

Since tadi pun bukanlah ada kena mengena pun dengan GE, cumanya perlu shoot juga untuk archival  dan documentation purposes sebab calon dah mula turun kawasan.

Sambil tu boleh buat 'repo' dengan media team calon untuk memudahkan kita track pergerakan mereka, jadi tak la ketinggalan nanti.

Melihat dan meneliti gerak calon bukan untuk buat gambar gempak, tapi bagus untuk kita 'agak' bagaimana reaksi calon ketika bersama pengundi nanti.

Since calon P096 ni muncul selepas persaraan aku dari mainstream media, aku kurang kenal siapa dia jadi, nak kenal kena la 'tengok' kan?



Day 02

Untuk Khairy Jamaluddin hari ini aku rasa tak perlu nak curate sangat tentang presentation.

Individu yang tau tentang 'dimana' dia berada dan 'apa' yang perlu dilakukan ketika berada dengan khalayak.

Untuk jurugambar, plan the moment, compose dan shoot.



Day 03 I

Untuk Khairy Jamaluddin  hari ni aku curate image 'leader' tu dari hari penamaan calon lagi. Aku nak nampakkan keupayaan dia as a fighter untuk merampas kerusi yang dipertanding.

Visual dia jelas walau dalam puluhan subjek yang ada dalam frame untuk nampak lebih 'prominent' dan layering images sangat best kalau nak apply cara ini.

Tunggu saja gesture 'kemenangan' tu dan click.. aku yakin ia lebih kuat untuk menekan visual aeperti ini dari publish gambar calon itu berdiri tegak dengan tangan disisi macam menyanyi lagu NegaraKu atau tangan menutup tel*r macam kena marah dengan Mak.



Day 03 II

Dalam membuat tugasan, selain daripada 'main subject', cuba cari juga human interest atau related matters dengan tugasan utama tu.

Pastikan additional background tu kita boleh dapatkan sekali dalam satu frame bagi menimbulkan rasa 'senses of places'

Kenapa human interest atau related matters tu penting? - Human interest boleh menjadi elemen sokongan dalam 'main subject' dan kadangkala 'kuasanya' juga mampu menenggelamkan 'main subject' ..namun ia bergantung kepada penyampaian sesebuah imej itu juga lah.

'Human Interest' secara kasarnya berkisarkan subjek yang berjaya mencuri tumpuan audien meskipun ia hanyalah sebuah penyampaian yang simple dan 'tidak berat'.

Kita hanya perlu lebih peka terhadap sesuatu perkara yang 'mungkin' akan berlaku dan bersedia untuk merakam.




Day 04 I

Round-a-round untuk side and related story for #GE15 di #P107 Parliamentary Merbau Sempak. Ia kawasan tepian bandar dan masih banyak kawasan perumahan yang berada dalam tanah lot jadi 'kampung vibe' tu masih kuat, berbanding di kawasan urban yang tersusun dan rumah berbatu serta berpagar-ia biasa dan boring.

Dikawasan begini, biasanya orang tempatan lebih mesra dan senang dibawa berbual.. mereka juga mewah dengan senyuman jadi kerja pun seronok.



Day 04 II Tentang Buat Gambar

Terma 'Buat Gambar' (BG) ni adalah satu terminalogi yang sangat berat dalam konteks fotografi journalism bagi Press Photographer. Berbeza dengan 'ambil gambar' yang sudah tersedia waktu, tempat dan subjek, BG ni memerlukan beberapa ritual 'sebelum dan selepas'

Kebiasaannya jika arahan BG ni keluar dari Ketua Foto, pasti ia amat penting untuk diguna pakai untuk Spot News, Current Issues atau untuk Front Page.

Macamana nak buat BG ni?  

Pertama, kita perlu tau apa isu atau tajuk dan perkara yang nak ditonjolkan. 

Kedua, relativity gambar dan kesesuaian

Ketiga, do-able or not dalam tempoh masa yang diberi

Jika semua ni dah diambil kira, shoot.

Untuk aku, biasanya aku suka guna 'defensive or offensive approach', samaada kita fishing atau hunting untuk cari gambar tu.

Contoh di bawah ni, lepas sarap 0700hrs then aku merayau untuk cari background yang aku nak, bila dah jumpa kau tunggulah subjek yang menarik.. orang pakai baju kuning ke, bawak payung merah ke or kenderaan yang best ke kan so kau boleh timbulkan Contrast tu.. cumanya, bergantung pada nasib samaada ia ada atau tak.


Nota: Aku gerak selepas 10 minit menunggu sebab sakit perut.. layan roti canai banjir dengan sambal yang agak pedas, or else memang aku tunggu je sebab 0800hrs tu light dah cantik dan shadow jatuh betul betul di banner tu  



Day 10 Tentang Who's Who

Dalam kita merakam subject utama yang hendak didokumentasikan, penting untuk jurugambar 'kenal siapa' subjek tu.

'Kenal Siapa' bukanlah kau kena tau apa makanan, warna, movie favourite atau kisah cinta dulu or siapa watak Star Wars yang dia minat.. tapi, bagaimana dia dengan public.

Apa yang subjek tu buat bila berada bersama orang ramai, cara persembahan diri dia, cara dia menyapa dan juga bagaimana dia melihatkan sisi 'Servant-Hearted' dia pada khalayak.

Once kita dapat 'nampak' sisi tu, senang untuk kita tunggu moment yang perlu kita shoot, so tak perlulah kau ikut setiap masa dan ketika masa subject tu berjalan.

Contoh untuk Calon P107 Khairy Jamaluddin , boleh lihat cara dia berpakaian dan berkasut, juga bagaimana dia melayan 'peminat' dan gaya bersalaman yang beitu bersahaja.. ini yang menunjukkan dia lain dari calon yang lain.. jurgambar boleh higlights kan tu.  



Day 11 Tentang Picture Ideas I

Kalau ikut tahun, ini ialah General Elections (GE) aku yang keempat sejak 2008. Tiap kali GE, tiap kali lah akan ada ulang ulang gambar yang sama atau hampir sama, jadi sebagai Jurugambar penting untuk kita memikirkan sesuatu yang baru atau 'fresh'.. ia tak senang, tapi boleh buat. 

Kadang tu bila dah straight berhari hari buat gambar, sampai tahap 'creative block' tu datang, memang bajang jugak kau menonong macam Hantu Raya Tak Bertuan pikul camera .. jadi, apa kita nak buat?

Boleh cuba buat Siri. Siri ni ialah kolektif beberapa gambar yang mempunyai theme yang sama atau yang berkaitan.

Contoh untuk kali ni, aku cuba kumpul seberapa banyak Biik Gerakan yang ada di P107 ni. Lebih best kalau dapat rakam keunikkan setiap Bilik Gerakan tu, bagaimana creative mereka menghias atau keadaan Bilik Gerakan tu.

Bila dah cukup, boleh buat sequencing ikut theme yang korang suka.

Kadang tu idea yang datang dan kita cuba buat tu tak dipandang dan tak dipeduli.. tapi, bila ianya hadir dalam fikiran ..buat lah. Ia akan menjadikan diri lebih suka berfikir tentang sesuatu yang best.

“No matter what anybody tells you, words and ideas can change the world.” – Dead Poets Society



Day 12 Tentang Picture Ideas II

Dapat gambar yang kita nak, selesai? Tidak.

Selain gambar utama, iaitu 'safe shots', jurugambar perlu berfikir secara kreatif untuk 'buat gambar'.. ia sepatutnya menarik dan boleh digunapakai as a secondary images yang boleh sync dengan tajuk laporan itu nanti.

Sebagai jurugambar yang berada dilapangan, kebiasaannya atau -sepatutnya) mereka lebih tahu apa gambar yang patut mereka cari.

Kita boleh mula dengan buat 'mind map', kita senaraikan apa yang ada dengan Undi Awal tu:

i. Pengundi Awal yang terlibat ialah, Anggota Keselamatan dan pasangan - Gambar utama ialah Anggota Keselamatan dan pasangan buang undi, shoot la.

ii. Anggota Keselamatan dan keluarga hadir dan beratur tunggu giliran - Gambar sampingan untuk menunjukkan suasana ketika itu, jika diperlukan kalau disebut dalam berita, shoot la.

iii. Anggota Keselamatan dan pasangan selesai membuang undi - Gambar selepas ini seperti wajib kerana itu indicator individu itu sudah menjalankan tanggungjawab pada negara, jari kena celup dakwat.. shoot je la.. heh!

iv. 'Senses of Places' paling penting kerana kebiasaannya Anggota Keselamatan dan pasangan ini mengundi dalam pengkalan atau Balai yang telah digazetkan oleh Pejabat Peguam Negara, jadi perlu terlihat jelas lah

Penting, menjadi jurugambar berita bukan sekadar datang tempat tugasan dan hala kamera je.. plan your shots and do think before the shoots, jadi takdelah masalah 'alamak tak amik pulak gambar tadi' dan ia akan memudahkan jurugambar semasa nak file gambar sebab dah tau yang mana nak di edit dulu



Day 14 Who's Who II

Anwar Ibrahim, figura politik yang 'terlalu' dikenali.

Katalah, tulislah apa saja tentang dia.. tapi kalau dia pegang mic, start berkempen memang champion.

Hadirin akan mendengar dan kadnag tu mengangguk angguk kepala tanpa sedar, dan tiap kali laungan REFORMASI itu dilaung, memang gempita suasana.

Tiap kali berucap, memang dia akan control floor.. larat tak larat je lah nak ikut dan position diri untuk dapatkan angle yang korang nak tu.

For 70++ punya umur (aku agak lah, tak ingat), dia punya 'kederat' memang padu.. dalam sehari dia mampu berada dibeberapa buah negeri untuk bantu berkempen untuk calon yang lain.




Day 15 Self Assignment 

Bekerja dengan agensi luar ni, sebenarnya macam bekerja sendiri.. kalau rajin bertanya, taulah ke mana nak pergi.

Self Assignment boleh kita panggil, "Pandai pandai Kau lah"

Lebih sepuluh hari 15thGE ni berlangsung, kalau setiap hari kita feed public dengan gambar calon berkempen, walkabout, perang bendera dan ulang ulang secara tidak sedar akan berlaku Sinonim Visual dalam body of work tu.. ia akan membuatkan public rasa tepu sebab dah biasa sangat tengok

- bukan dari kita sahaja, tapi dari mereka yang turut post perkara dan peristiwa yang sama.

Jadi, berfikir lebih kedepan - Apa yang akan jadi pada Hari Megundi?

Apa persediaan yang pihak Suruhanjaya Pilihan Raya uat sehari sebelum Hari Mengundi?

Bagaimana perjalanan Peti Undi itu akan berlaku?

Di mana tempat tumpuan?

- Kita boleh dokumentasikan perkara perkara ini.

Namun, untuk masuk ke tempat yang telah digazet Pejabat Peguam Negara tempat ini menjadi Tempat Larangan dan hanya dibenarkan MASUK DENGAN IZIN oleh Returning Officer yang dilantik, juga jurugambar wajib memiliki Pas Rasmi SPR.

Di sinilah 'rajin bertanya' itu main peranan. Sebelum keluar untuk shoot:-

i. Rujuk kawasan Parlimen yang nak kita cover dan lihat Pusat Daerah Mengundi dalam list yang pihak SPR keluarkan.

ii. Kenal pasti pusat penjumlahan undi supaya kita tak pergi salah PDM

iii. Sebelum masuk ke pusat penjumlahan undi, jumpa Returning Officer untuk minta kebenaran dan beri kerjasama jika diminta untuk menunjukkan bukti pengenalan (Pas SPR dan Kad Media) -  masuk hanya dengan izin, kalau tak dapat sila beredar dan lepak Mamak.. cari picture idea lain

iv. Kalau dah dapat masuk, shoot lah apa yang boleh dan Be Invisible, tak usah lah menyemak sampai ganggu Petugas.. DAN, JANGANLAH SURUH PETUGAS TU POSE BUAT BUAT CHECK BALLOT BOX, dah 2022 laaaa.. bukan apa, itu gangguan pada petugas

v. Selesai dah amik gambar dan rasa semua dah cukup, jumpa kembali Returning Officer dan ucap terima kasih - offerlah untuk lihat gambar dalam memory card tu supaya dia tau tiada Sensitive Documents yang kita shoot, if ada jika diminta delete, deletelah.

Ini penting untuk jaga nama baik Media, jangan sebab sorang buat TAIK, semua Media tak dapat masuk pulak.. 

So, itu lah nota hari ni.



Sepanjang dua minggu, bersama tujuh orang dari Padu Photo Agency bertaburan di sekitar Lembah KLang untuk GE15. Ini ialah hasil yang berjaya memasuki website di sini





Comments