![]() |
Dari kiri: Moderator, Ariff Awalluddin,Che Ahmad Azhar, Supian Ahmad, Amri Ginang, Azlan Mam, Sc Shekar dan Soraya Yusof Talismail bergambar bersama selepas selesai majlis bual bicara itu. |
Minggu lalu (27 September 2025) Saya dan para seniors dalam fotografi telah dijemput untuk menjadi panelis untuk CIMB Art & Soul Artober dengan tajuk From Lens to Wall: Conversations o Photography and Galleries bertempat di Hall 1, MITEC. Azlan Mam, Amri Ginang, Che Ahmad Azhar, Sc Shekar, Soraya Yusof Talismail dan moderator Ariff Awalluddin bersama atas satu pentas untuk memperkatakan tentang dunia fotografi yang kini semakin mendapat tempat dalam galeri dalam dan luar negara. Soalan yang ditanya adalah tentang pemeran utama di Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia December 2024 hingga March 2025 yang lepas dan adakah ia mengubah cara berkarya selepas itu. Suka saya tekankan disini, my practice in photography is Journalism namun, my personal work ialah Art and Life jadi sememangnya ada perbezaan. Cumanya, setiap karya yang saya cuba hasilkan itu ada cara dan gaya journalism seperti tidak akan stage, usik atau ubah apa yang ada disekitarnya.. juga tidak akan menambah atau mengurangkan apa yang perlu dirakam. Ya, secara tak langsung kerana ia bukan sekadar pameran biasa.. saya anggap ia adalah sebuah pengiktirafan yang sangat besar dapat berkongsi ruang galeri yang berprestij itu bersama nama besar dalam industri fotografi Asia. Saya juga belajar untuk lebih memahami proses untuk memilih, menyusun, dan mempersembahkan karya untuk ruang yang begitu dihormati seperti BNM. Ia bukan sekadar gambar individu, tetapi tentang naratif yang lebih panjang dengan aliran cerita, dan cubaan karya saya untuk berkomunikasi dengan pengunjung untuk lebih 'rasa' dekat. Pameran itu memberikan saya platform yang lebih luas untuk respon daripada yang melihat dan memahami, terutamanya generasi muda, mengingatkan saya tentang tanggungjawab yang kita pikul sebagai jurugambar dokumentari – bukan sekadar untuk merakam, tetapi untuk mendidik, menghubungkan, dan mungkin menginspirasikan tindakan. Soalan seterusnya tentang transisi dari seorang Photojournalist (masih) kepada Art and Life Photographer. Kenapa saya memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada ini. Mengapa? Matlamat utama saya adalah untuk menyampaikan cerita. Karya kita sering dilihat di skrin komputer, dalam majalah, atau di laman web, yang kebanyakannya bersifat sementara. Morning news is Yesterday news bila sampai waktu petang. Dalam lima tahun terakhir sebelum bersara pilihan, saya banyak belajar kembali kepada asas untuk 'membuang rasa' dari PHOTOGRAPHER kepada VISUAL STORYTELLER. Saya banyak membaca kembali, menulis dan berdampingan dengan mereka yang hebat dalam industri mereka bagi memberi ruang kepada perspektif baru dalam Visual Storytelling. Saya juga ditanya tentang Festival fotojurnalisme antarabangsa, VISA pour l’Image di Perancis. Adakah kita mempunyai sesuatu yang serupa di Malaysia? Adakah saya akan menggalakkan Galeri Seni Negara kita untuk mengatur galeri galeri seni dalam negara untuk mengambil bahagian dalam festival fotografi seumpama ini? Adakah kita mempunyai sesuatu yang serupa? TIDAK! Negara kita belum lagi mencapai satu tahap dimana gambar gambar journalism dan street ini mahu dipamerkan secara langsung. Namun, kewujudan komuniti komuniti indie seperti KongsiHub KL, Pecah Pala Photo Club dan Zontiga yang giat menjalankan pameran dan bengkel bengkel berkaitan documentary, journalism, street photography bagi memberi ruang jurugambar bebas berkarya. Seingat saya, satu ketika dulu semasa Galeri Prima di Bangsar masih ada, mereka ada beberapa kali mempamerkan gambar gambar dengan genre Photojournalism. Soalan akhir dari mereka yang hadir ialah kenapa gambar gambar photojournalism ni kebanyakannya agak 'disturbing'? Ya, soalan yang best. Dalam journalism, gambar yang ada tak ada yang cantik, apa yang ada ialah kebenaran dan cerita. News Photographer tidak akan stage, mengubah atau campur tangan dalam apa jua keadaan. Mereka di sana sebagai perakam sejarah yang berlaku. Gambar yang di'file' hanyalah melibatkan cropping dan leveling the + or - untuk brightness. News Photographer yang bagus terikat dengan satu rukun, iaitu ETHICS. For those who break it, might as well berhenti dan jadi Gay.
Comments
Post a Comment