17 hari, 18 jam sehari dan 1030km untuk PRU 13 di Perak
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung pada 20 April 2013 sampai 5 Mei 2013 ini saya anggap antara pilihan raya paling penting dalam sejarah politik Malaysia dan paling barai pernah saya cover. Kali ni Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) agak sengit, dengan masing masing main isu ekonomi, kos sara hidup, tadbir urus, rasuah nya dengan masa depan negara memang dapat perhatian pengundi. Kalau ceramah, mesti penuh melimpah. Lebih 13 juta pemilih berdaftar, dengan kadar keluar mengundi sekitar 84% menjadikan PRU13 antara pilihan raya dengan penyertaan pengundi tertinggi ketika itu. (1)
BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak mengekalkan pemerintahan di peringkat Persekutuan selepas dapat 133 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi sebab gabungan PKR, DAP dan PAS. Tapi, keputusan itu mencatat satu perkembangan yang mempunyai kesan besar terhadap landskap politik negara bila Pakatan Rakyat dapat 5.62 juta undi, bersamaan kira-kira 50.87 peratus undi sah, berbanding 5.24 juta undi atau 47.38 peratus yang diperoleh BN. (2)
Saya cover Perak, nampak sungguh kedua-dua blok politik memang fight habis. Negeri ni pernah jadi medan pertukaran kerajaan pada pilihan raya sebelum tu lagi lagi sekali menjadi perhatian kerana keputusan di banyak kawasan memperlihatkan persaingan rapat antara BN dan Pakatan Rakyat. Salah satu kawasan yang menarik perhatian ialah Parlimen P.74 Lumut, yang merangkumi kawasan Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. Di situ BN letak Menteri Pengangkutan masa tu, Datuk Seri Kong Cho Ha, then Pakatan Rakyat bagi kat Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid daripada PKR.
Keputusan di Lumut akhirnya mencatat kemenangan Pakatan Rakyat yang agak jelas. Mohamad Imran Abdul Hamid memperoleh 40,308 undi untuk menewaskan Kong Cho Ha yang mendapat 32,140 undi, sekali gus menghasilkan majoriti 8,168 undi. Keputusan tu best sebab Lumut bukan kawasan bandar dan pesisir, tetapi turut mempunyai kepentingan strategik dari sudut ekonomi, perindustrian, pelabuhan serta komuniti yang berkait rapat dengan sektor maritim dan pertahanan. (3)
Di peringkat Dewan Undangan Negeri pula, keputusan di kawasan Lumut memperlihatkan corak sokongan yang lebih berlapis. Di N.50 Sitiawan, calon DAP Ngeh Koo Ham memperoleh 17,292 undi berbanding calon BN Ting Tai Fook dengan 5,474 undi, menghasilkan majoriti 11,820 undi. Sementara itu, N.51 Pasir Panjang menyaksikan persaingan paling sengit apabila calon BN Rashidi Ibrahim hanya mengatasi calon PAS Rohawati Abidin dengan majoriti 304 undi. Di N.52 Pangkor pula, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada BN mempertahankan kerusi dengan 12,291 undi, mengatasi calon PKR Mohd Saifullah Mohd Zulkifli yang memperoleh 7,167 undi. (4)
Kalau tengok dari sudut politik tempatan, keputusan di Manjung bagitau yang pengundi tidak semestinya membuat pilihan yang sama bagi setiap peringkat pilihan raya. Sitiawan memberikan kemenangan besar kepada DAP, Pangkor kekal BN, Pasir Panjang pulsk kits balance lah. Parlimen Lumut pula, gabungan undi di tiga kawasan DUN itu akhirnya bantu Pakatan Rakyat merampas kerusi Parlimen daripada BN. Corak ini menggambarkan kepelbagaian demografi, latar ekonomi dan kecenderungan politik masyarakat Manjung yang tidak mudah dipetakan hanya berdasarkan satu kelompok pengundi.
PRU13 juga penting kerana ia memperlihatkan bagaimana kawasan seperti Manjung mula menjadi sebahagian daripada perubahan politik yang lebih besar di Perak. Keputusan Lumut pada 2013 bukan je angka 40,308 berbanding 32,140, tetapi menjadi sebahagian daripada gambaran perubahan sikap pengundi di kawasan bandar, separa bandar dan kawasan pesisir negeri itu. Kat nasional level pula, BN menang dari segi jumlah kerusi walaupun Pakatan Rakyat memperoleh lebih banyak undi popular. Hal ni menjadikan PRU13 satu titik penting dalam perbincangan mengenai sistem pilihan raya dan pembahagian kawasan pilihan raya di Malaysia.
(1) (2) (4) lihat data di sini

Comments
Post a Comment