PHOTOJOURNALISM 101 - 'Captioning' dalam Photojournalism

Apa itu 'Captioning'?

‘Caption’ dalam terjemahan Bahasa Melayu iaitu Kapsyen (atau Garis Potong) merupakan set perkataan yang disertakan bersama imej bagi memberi penerangan yang berlaku dalam foto.

Ia PENTING untuk memberi cerita.

Tanpa kapsyen, mungkin akan mengakibatkan maklumat atau tanggapan yang salah tentang perkara yang berlaku dalam foto yang diterbit/pamerkan.

Kepentingan Kapsyen dalam penerbitan

Menulis kapsyen foto adalah bahagian penting dalam tugas jurugambar berita.

Kapsyen foto harus memberikan pembaca maklumat asas yang diperlukan untuk memahami gambar dan kaitannya dengan berita.

Ia ditulis dalam satu format yang konsisten dan ringkas bagi membolehkan penerbitan berjalan dengan lancar.

kejelasan, ketepatan dan kesempurnaan dalam penulisan kapsyen lebih tinggi daripada mana-mana tulisan lain yang muncul dalam penerbitan kerana ia adalah elemen yang paling UTAMA.

Kapsyen yang tidak bermaklumat atau mengelirukan memberi kesan kepada gambar yang baik dan akan menjejaskan kredibilitinya sebagai Pengamal Media kewartawanan.

Menulis Kapsyen

Dalam kebanyakan kapsyen foto, ayat pertama ialah mengenal pasti orang dan tempat dalam gambar, serta tarikh dan lokasi di mana ia diambil. Ayat kedua (dan mungkin ketiga) harus memberikan maklumat kontekstual untuk membantu pembaca memahami perkara yang mereka lihat.

Format tepat untuk kapsyen berbeza dari satu penerbitan ke penerbitan, tetapi kapsyen foto asas mempunyai 5W 1H 

WHO : Siapa yang terlibat?

WHERE : Di mana ia berlaku?

WHAT : Apa peristiwa atau perkara yang terjadi?

WHEN : Bila ia terjadi?

WHY : Kenapa ia terjadi?

HOW : Bagaimana ia terjadi?

Kenal pasti individu (WHO) dan lokasi (WHERE) yang muncul dalam foto dengan jelas.

Gelaran profesional harus disertakan serta nama rasmi lokasi. EJA NAMA DENGAN BETUL (semak dengan ejaan dalam artikel, news release jika perlu).

Untuk gambar lebih daripada seorang, pengenalan biasanya ia ditulis dari kiri ke kanan. Jika kumpulan itu besar, pengenalan hanya orang penting diperlukan dan kadangkala tiada pengenalan diperlukan sama sekali.

Penerbitan atau agensi anda harus menetapkan standard atau 'House Style' untuk jurugambarnya.

Sertakan tarikh (WHEN) dan apa yang berlaku (WHAT) pada hari gambar diambil. Ini adalah maklumat penting untuk penerbitan berita.

Lebih terkini foto, lebih baik. Jika gambar arkib atau gambar yang diambil sebelum acara digambarkan digunakan, kapsyen itu hendaklah menjelaskan dengan jelas bahawa ia adalah “foto fail.”


Contoh I : Kapsyen penuh bersama info lengkap, sesuai jika diterbitkan sebagai Caption Story atau Single Pix 

Pemandangan sudut rendah (low-angle) penganut Hindu yang memakai pelitup muka sedang mendaki tangga berwarna-warni di Batu Caves. Beberapa individu dilihat menjunjung 'Paal Koodam' (belanga susu) di atas kepala mereka dengan latar belakang patung emas Lord Murugan yang besar.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - JANUARY 18: Hindu devotees carrying 'Paal Koodam' (milk pots) as offerings to Lord Murugan congregate at the Sri Subramaniar Swamy Temple in Batu Caves on January 18, 2022, in Kuala Lumpur, Malaysia. The Thaipusam festival, which commemorates the god Murugan's victory over the demon Soorasura, was observed with reduced crowds and strict COVID-19 health protocols. Devotees perform acts of penance and gratitude, including carrying kavadis and milk pots, to fulfill vows and seek blessings. Photo by Supian Ahmad/Padu Photo

Nota: Ditulis bersama background story pada ayat yang kedua.


Contoh II : Kapsyen ringkas, sesuai jika diterbitkan sebagai Insert, Galeri Imej atau untuk laman sosial

Pemandangan sudut rendah (low-angle) penganut Hindu yang memakai pelitup muka sedang mendaki tangga berwarna-warni di Batu Caves. Beberapa individu dilihat menjunjung 'Paal Koodam' (belanga susu) di atas kepala mereka dengan latar belakang patung emas Lord Murugan yang besar.

Devotees carrying 'Paal Koodam' (milk pots) ascend the iconic steps of Batu Caves during the Thaipusam festival. On January 18, 2022, the celebration was observed with strict COVID-19 protocols, highlighting a moment of quiet devotion and penance in honor of Lord Murugan.

Photo by Supian Ahmad/Padu Photo

Nota: Tanpa permulaan lokasi, tarikh, background story, untuk menjadikan ia pendek dan padat.


Contoh III : Kapsyen untuk Individu utama dalam kumpulan

Foto hitam putih (atau berwarna) menunjukkan Amy Search sedang memegang mikrofon dan menyanyi di sebuah studio muzik. Di belakangnya, ahli kumpulan Search yang lain kelihatan sedang bermain gitar elektrik dan dram dalam suasana latihan yang serius dengan peralatan audio dan kabel kelihatan di lantai.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - JUNE 22: Legendary Malaysian rock band frontman, Amy (two, left) of Search perform during a rehearsal session at a studio on June 25, 2022, in Kuala Lumpur, Malaysia. Following their "Konsert Endemik" showcase at Zepp Kuala Lumpur earlier in the month, the band continues to celebrate a career spanning over three decades. Formed in 1981, Search is considered one of Malaysia's most influential rock acts, famous for hit singles such as "Isabella" and "Fantasia Bulan Madu."

Photo by Supian Ahmad/Padu Photo for Astro Awani


Contoh IV : Kapsyen untuk sekumpulan individu

Foto jarak dekat menunjukkan sekumpulan orang berkumpul pada waktu malam di hadapan sebuah bangunan. Mereka memegang lilin yang menyala dan sepanduk tertera tuntutan keadilan untuk Nagaenthran Dharmalingam. Cahaya lilin menerangi wajah para peserta yang kelihatan hiba dan tenang.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - APRIL 26: Protesters and supporters hold a candlelight vigil outside the Singapore High Commission on April 26, 2022, in Kuala Lumpur, Malaysia. The gathering was held to protest the scheduled execution of Malaysian citizen Nagaenthran K. Dharmalingam in Singapore. Nagaenthran was convicted in 2010 for trafficking 42.72 grams of heroin into Singapore and is set to be executed on April 27, following the dismissal of multiple legal appeals regarding his mental disability and conviction. 

Photo by Supian Ahmad/Padu Photo for Astro Awani



Soalan yang biasa ditanya, adakah house style setiap agensi berita berlainan jga bagaimana praktis di negara Malaysia?

Ya, setiap agensi berita mempunyai house style yang tersendiri. Walaupun secara asasnya mereka berkongsi prinsip kewartawanan yang sama (objektif, tepat, dan adil), perbezaan kecil dalam gaya penulisan, penggunaan bahasa, dan etika visual adalah perkara biasa.

Di Malaysia, praktis ini dipengaruhi oleh kepelbagaian bahasa, sensitiviti budaya, dan garis panduan undang-undang tempatan. Saudara/i boleh lah cuba bertanya kepada rakan media dan wartawan yang ada dan cuba dapatkan contoh penulisan mereka.

Untuk contoh di atas, saya mengambil dari agensi foto tempatan, PaduPhoto Agency. Oleh kerana clientele agensi untuk market antarabangsa maka kapsyen yang digunakan adalah dalam bahasa Inggeris.


Rujukan

International Journalist Network 

Photojournalism The Professionals Approach, 4th ed, Kenneth Kobre






Comments