Alhamdullilah.. selesai hari pertama sesi perkongsian tentang Photo Story dan Industry Insight kepada penuntut MSU College Kota Kinabalu Sabah bersempena Kinabalu Photo Festival pagi tadi.
Berkongsi pelantar bersama Senior Photo Editor Harian Metro, En. Shahrul Md Zain kami berbual tentang bagaimana untuk memahami kehendak industri dalam bidang photojournalism dan sedikit contoh published work.
Kehadiran 40++ penuntut dari pelbagai jurusan dipenuhi soal dan jawab yang lebih menjurus kepada bagaimana untuk mendapatkan gambar yang baik, tentang industry photo, tentang kenapa dan mengapa.
Mereka pelik kerana tiada satu pun gambar, mahupun contoh penerbitan yang aku bawa dan tunjuk pada sesi kali ini.
Sebabnya ialah, aku tidak mahu mereka menghabiskan masa melihat gambar gambar kerja aku.. itu semua boleh tengok kemudian, di website berita dan Social Media.
Juga aku tak mahu 'macamana setting', 'guna kamera apa' type of soalan. Yang perlu mereka tahu ialah 'kenapa', 'mengapa', 'bagaimana' kind of approach.
Penting untuk mereka tahu yang kehendak industri itu ialah kejam, sepak terajang itu adalah benar dan bukan sekadar cerita yang dibuat buat.
Persediaan itu penting, bukan sekadar menghabiskan silibus dan score Anugerah Dekan sepanjang pengajian itu dapat menjadikan mereka excell dalam industri.
Bidang Kewartawanan kini bukan lagi eksklusif.. everybody with a camera is a photographer now, but what makes you different, and that's a real question?
Ia seronok dan best.. cuma aku ni panic jugak kot tetiba si Haji @shamshahrin dan @irwanmj tetiba datang dengan membawa pakej soalan soalan 'intellectualist' sebab mereka dah rangka segala killer opinions tentang journalism ethical industry.. nasib baik mereka ada tugasan lain.





Comments
Post a Comment