JURNAL - Idyllic Xpos Final Year Degree Exhibition for Digital & Imagine Art (Creative Photomedia) di UiTM Puncak Alam

Since application aku kena reject untuk 2023 Pre-Season Winter test kali ni, aku kena 'Desker' je lah untuk tunggu gambar masuk depan desktop ni dari pagi... makanya adalah sikit waktu senggang boleh pi idlyllic xpose kat UiTM Puncak Alam. 

Aku bukan alumni mana mana Universiti kat Tanah Melayu ni, jadi takdelah jemputan untuk menghadiri apa apa aktiviti di pihak mana mana IPTA/S jadi pandai pandailah cari info.

Lama sungguh rasanya tak 'crash' degree show ni..  last sekali masa si Noraynee Roslan punya batch kat White Box Publika zaman pre-covid dulu lepas tu takde dah. 

Memandangkan ia adalah Degree Show dari pelajar jurusan fotografi, aku bayangkan dapatlah lihat gambar yang banyak, nak pulak yang majoring Journalism lah confirm berpuluh photo series yang boleh aku tengok nanti.. tapi sedikit 'turn off' bila final work yang tergantung hanyalah cetakan gambar yang dilayout pada poster size frame... dan lebihan dari full set documentation tu diletak dalam folder atau A4 size photobook tanpa kareograf dan sequencing.

... ah, kecewa tidak dapat nak menjamu mata dan melihat idea dari jiwa jiwa baru dalam journalism. Juga terdapat short documention dalam bentuk video dibeberapa booth pameran.

Sebelum pergi tu aku dah sediakan beberapa work yang nak aku tengok dan bertanya dengan lebih details pada pelajar..untuk lebih memahami dan mendalami tetang 'sebab, kenapa dan bagaimana' pemilihan subjek, idea dan pelaksanaan sesuatu tajuk itu dibuat.. tapi tu lah, teramat sedikit 'bahan pemula bicara' yang terpapar untuk di olah untuk menjadi.

Lama dok menjalar dari segala celah sampailah aku nampak satu work dari Muhammad Harith Johari tentang pergerakan seni bela diri, Silat.

Menariknya tentang karya ini, dia berjaya merakam seni gerak silat itu menggunakan teknik 'long exposure' kamera digital. Hasil yang diperolehi amat amat menarik dan menyerupai tulisan kaligrafi dan Khat. 

Aku percaya jika diberi lebih masa dan peluang, Harith akan lebih banyak ber'eksperiment'- asi dengan pelbagai teknik dan peralatan yang berlain bagi menghasilkan karya yang lebih baik.. idea ni boleh pergi jauh.

Karya ni membuatkan kita teringat tentang Gjon Mili, LIFE Magazine photographer yang pernah shoot Pablo Picasso melukis menggunakan cahaya semasa di Perancis pada tahun 1949...gila, itu gambar jadi ikonik sampai sekarang.





Satu lagi ialah The Study Of Visual Image Characteristic Of Bedroom oleh Syazwan.

Ini baik jugak, macamana dia boleh masuk dan memotretkan 10 bilik tidur yang boleh kita anggap sebagai sacred, personal space dan teramat privasi untuk di paparkan kepada public. Bila mana aku bertanya tentang dia menceroboh hak privasi individu untuk berkarya, dalam keadaan tenang dia boleh memberi hujah balas amat menarik..ia berkaitan ekspresi diri juga seni yang terdapat unsur 'perlu melakukan sesuatu' dalam norma biasa masyarakat Melayu yang taboo dalam banyak perkara.. ini kalau mau tau lebih lanjut, kena lah borak sama dia di sana. Out of 10, dua gambar dicetak besar.

Banyak yang bagus, namun jiwa tak puas nak melihat gambar.



Terima kasih kat Pensyarah, En. Shahrizal Mat Hussin yang banyak membantu dengan info tentang pameran.. niat nak jumpa En. Sabki Noh tak dapat rupanya dah bersara.

Pameran berlangsung hingga 12 February 2023 untuk orang awam di Fakulti Seni Reka.

Comments