JURNAL - Batu Arang revisited with 2001 Nikon D100 and Nikon AF Nikkor 50mm f/1.8D


Kadang kadang kan, apa yang kita perlu adalah memori, moment ketika ia berlaku dan kita harap kita dapat simpan moment tu.. sampai bila bila. Sebab tu, bila moment itu terjadi, tak kesah la apa yang ada kat tangan, itu lah yang kita gunakan untuk rakam moment tu.. hp ke, kamera ke as long as ia dapat 'diabadikan'. Di zaman ni, ia tak mustahil.. alangkan hp biasa pun dah boleh dapat kamera beresolusi 20mp. Jika kembali ke tahun 2000an, hp yang ada kamera masa tu pun pakai VGA atau 1mp. Era itu, nak memiliki kamera digital SLR untuk orang biasa ni hampir mustahil.. harga tak kurang dari RM10k. Sebagai contoh, Nikon D100 zaman tu harganya USD2000++ bersamaan RM8000++ (mungkin dengan kit lens) tu belum masuk kedai campur tax dan profit lagi.. jangan lupa CF card pulak.

Kamera Digital ketika itu amat ekslusif untuk mereka yang berkemampuan. Ok, cukuplah bernostalgia..jadi ini kisah beberapa tahun lepas masa hunting stock untuk kamera filem dalam talian negara Jepun, aku ternampak satu Nikon D100 untuk dijual. Keadaan sangatlah mulus dan cantik sekali.. namun dikategorikan sebagai 'junk', makna kata ia barang rosak lah - dijual untuk jadi alat ganti. Aku biarkan, dan teruskan urusan mencari stock. Beberapa minggu (ke bulan, tak ingat) kamera itu masih lagi dalam pasaran, cuma update dari seller dia dah jumpa bateri tapi tiada charger.. harga masih sama. Out of curiosity, aku contact seller dan tanya apa masalah. Jawapan, tak tau. Disebabkan ia harganya murah. Aku beli.. dan cari charger di 'shopi'. Selepas tiga minggu, ia sampai rumah. Aku bukak, aku charge bateri, lepas 10 minit, aku cuba kat body camera.. ia menyala dan berfungsi dengan baik sekali. Ia datang dengan CF card berkapasiti 2GB. Selepas bateri penuh, aku update firmware yang terbaru. Semalam bawa ia ke Batu Arang, tak dapat banyak shots sebab petang tadi cuaca agak mendung dan macam nak hujan. Sayangnya, Golden Hour tu terlampau sekejap. Merayau rayau sekitar dua jam sebelum pulang.
Sensor Nikon D100 ni masih guna CCD 6mp ketika tu..ya, ini ialah sebab aku mengidam betul body ni. Sebab apa yang terhasil bukan imej, tapi sebuah interpretasi cahaya. Kaler organik, dengan tone yang lembut dan highlight yang "melebur" dengan manis, berbeza sungguh dengan sharpness sensor CMOS moden.
Ini 'look' yang tak boleh dibuat semula dengan 'preset', sebab ia lahir daripada fizikal serta batasan teknologi yang ada pada zaman dia. ISO lebih 400 je dah mula nampak grain digital. Nak guna D100 untuk tugas komersial yang memerlukan kepantasan mungkin tak sesuai la.. tapi, as a journal visual peribadi ia ngam.

Dengan D100 ni, korang perlu slow, relax.. amik masa 'melihat untuk nampak'. Akhir kata, menggunakan Nikon D100 ni mengajak kita merenung soalan penting; Apakah makna fotografi untuk kamu? Jika jawapannya sekadar lebih banyak pixels, lebih pantas autofokus, maka D100 jauhhhhhhh ketinggalan zaman. Tapi jika fotografi adalah tentang melihat, merasa, dan menyampaikan, maka kamera ini kekal relevan. Ia masih bagus untuk menafsir bahasa visual yang punya sejarah dan moment.

Comments