NOTA: Teks hari ini akan dipenuhi terma standard dalam 'Photojournalism'
Selalunya bila dah terlalu ramai yang mengambil gambar disatu kawasan yang sama dalam masa yang sama, gambar yang terhasil juga akan sama atau lebih kurang sama - situasi yang dipanggil 'redundant' atau berlebihan.
Perkara ini terjadi kerana pembaca kerap kali disajikan dengan sesuatu perkara yang kerap diulang ulang, jadi bila mana mereka mendapat peluang untuk merakam, imej yang terhasil kebanyakkannya adalah sesuatu yang mereka pernah lihat dimasa lalu.
Hal ini pernah saya bualkan bersama Azahari Salleh tentang bagaimana mentor beliau, Walter Astrada yang kurang melihat gambar jurugambar lain untuk mengurangkan kecenderungan diri supaya tidak mengambil gambar yang sama dalam tugasan beliau (mungkin Azahari boleh komen untuk lebih perincian).
Menjadi selektif untuk merakam gambar ketika sedang bertugas dengan agensi agak sukar kerana 'News Photographer' itu sendiri sudah terikat dengan arahan untuk membuat koleksi gambar yang amat 'spesific' makanya, ruang untuk berkreatif itu akan menjadi sempit. Mereka perlu cari gambar, buat gambar dan dalam masa yang sama perlu berkomunikasi dengan para wartawan di lapangan juga - selepas itu perlu 'file' gambar gambar tersebut untuk kegunaan Web dan SocMed.
Berbanding dengan saya yang bekerja sendiri, bila sudah mendapat 'safe shots' kita boleh la merayap untuk Cari Gambar atau Buat Gambar. Cari Gambar atau Buat Gambar ni ialah 'terms' tak rasmi yang jurugambar selalu guna kalau hari tu 'dry' dan ada ruang untuk membuatnya.
Jadi, semalam (22 Oktober 2023) walaupun meluat dengan penganjur dan berehat sambil minum air botol sejuk yang berharga RM5 saya melihat kepelbagaian 'message' yang dipegang oleh ramai orang yang hadir.. elok ni kalau kita dapat buat 'series' tentang itu. Sebelum ini, 'placard' akan jadi 'secondary' kepada 'subject', kali ini ia adalah 'subject'.
Ini 'series' semalam, Messages.
Memetik kata kata Susan Sontag dalam buku beliau, On Photography,
“Photographs cannot create a moral position, but they can reinforce one-and can help build a nascent one.”
* Shoot at the peaceful Freedom for Palestine gathering, organised by Viva Palestina Malaysia (VPM) and MyCARE kat Dataran Merdeka




Comments
Post a Comment