Meneruskan pencarian visual untuk documentary project, The Lost Spell di sekitar Pontian dan Batu Pahat. Keluar dari highway terus masuk ke jalan persekutuan atau jalan dalam.. menuju ke pekan berhampiran.
Sepanjang jalan, dah nampak dah beberapa bangunan dan kawasan yang saya dah buat carian dalam web dan pertanyaan sebelum tu. Tapi, perkara pertama yang perlu di selesaikan ialah cari tempat untuk bermalam..
Alhamdulillah, isteri dah selesaikan semua rupanya. Sampai bilik, rehat dulu sebab sampai pun dah petang.. esok saja lah sambung.
Dalam 0630hrs saya dah keluar terus ke lokasi yang perlu dirakam.. sampai dalam 15 minit kemudian, cahaya pagi pun dah ada. Ia adalah satu landmark yang sudah lama terbina oleh penduduk tempatan di situ.. sebuah Tongkang.
Sayangnya, kawasan itu tidak terjaga dan teramat sempit sebab berada di tepi jalan.. tapi perlu juga diteruskan.
Dapat juga beberapa angle yang dikira molek juga.. tapi ia sekadar ada.
Jadinya selesai di tapak, pergilah sarap dulu.
Tapi saya kurang senang dengan hasil awal itu tadi.. makanya, perlu pelan sokongan untuk visual yang berlainan andai kata yang awal tu tak best.
Tapi saya kurang senang dengan hasil awal itu tadi.. makanya, perlu pelan sokongan untuk visual yang berlainan andai kata yang awal tu tak best.
Disebabkan saya datang ke Batu Pahat tu hari minggu, makanya pekan tu agak lengang lah.Jadi saya putuskan untuk merayau disekitar pekan untuk mencari subject matters yang bersesuaian.
Alhamdulillah, dapat satu .. tapi tutup. Cara yang terbaik untuk merakam ialah nyatakan 'sense of places' dalam visual tu.
Durasi tugasan ini sekitar sebulan, melebihi 70 frames gambar dari dua roll film.. dapat dua keping untuk cetakan. Format yang sama, 3x3 kaki, Latex Ink on Timber Plywood.
Kenapa hanya pilih dua keping sedangkan banyak lagi gambar yang boleh dicetak.
Untuk saya, ada dua sebab.
Pertama, dalam film fotografi moden ni walaupun teknologi yang digunapakai ialah dari tahun 1995 yang sudah punya computer yang moden dan light calculation yang hebat, saya masih perlu mengambil subject yang sama dengan beberapa exposure yang berlainan serta depth dan bukaan aperture yang berbeza supaya subject yang perlu ada itu masih jelas dan terlihat dalam frame.
Setiap saat, cahaya diluar akan berubah.. bersangkut paut dengan pergerakkan awan. Perlu juga ambil kira refleksi cahaya dari dinding bangunan, kereta yang lalu, objek yang bergerak.. ini semua faktor 'ketidakjadian'
Kedua, untuk projek kali ini saya merata berjalan dari utara ke selatan tanah air untuk mencari subjek, jadi saya perlu pastikan yang setiap visual itu berbaloi untuk di cetak (1).
Saya guna Canon EOS 55 bersama dua lens, EF 24-105 f4 dan Yongnuo 35mm f2 serta film Lucky SHD 400.
(1) 3x3 kaki, Latex Ink on Timber Plywood itu tak murah.. untuk first edition, ada 11 gambar, tapi saya pilih tujuh sahaja untuk dipamer.


Comments
Post a Comment