ARTIKEL - Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang Pertama, 1950.



Tahu tak yang bendera Persekutuan Tanah Melayu yang pertama kali berkibar megah pada detik keramat 31 Ogos 1957 tu sebenarnya masih wujud dan terpelihara rapi sehingga ke hari in?

Bendera bersejarah ini bukan sekadar sehelai kain, tetapi adalah hasil rekaan, Mohamed Hamzah, seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor. Beliau telah memenangi pertandingan reka bentuk bendera untuk kerajaan baharu pada Mei 1948, menewaskan penyertaan lain dan melakarkan sejarah visual negara kita.

Reka bentuk asal bendera ini sebenarnya dah beberapa perubahan yang menarik sebelum ia dimuktamadkan. Pada peringkat awal, bulan sabit dan bintang yang kita lihat hari ini berwarna putih, namun ia kemudiannya ditukar kepada warna kuning untuk melambangkan kedaulatan warna diRaja. 

Reka bentuk akhir ini kemudiannya mendapat perkenan King George VI pada 19 Mei 1950.

Bendera asal ini ada 11 jalur je tau, ia lain dengan Jalur Gemilang moden yang ada 14 jalur.. sebab apa? sebab ia melambangkan 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, tapi selepas Malaysia dibentuk pada 1963, ia ditambah menjadi 14 jalur dan bintang 14 penjuru untuk mewakili 13 negeri dan Wilayah Persekutuan yang baharu. 

Pada tanggal 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Diiringi lagu Negaraku yang pertama kali diperdengarkan kepada umum, bendera ini dinaikkan sebagai simbolik pembebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah selama lebih 400 tahun. 

Detik itu menjadi momen paling bersejarah yang memahatkan identiti sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat di mata dunia.

La ni, lepas lebih enam dekad berlalu, tugas berat untuk memastikan artifak berharga ini tidak lenyap ditelan zaman dipikul oleh Jabatan Muzium Negara (JMM). Usaha memulihara bendera ini tak senang ya.. ia menuntut ketelitian yang tinggi.

Seperti yang dijelaskan oleh tenaga pakar pemuliharaan, Kurator Kanan Konservasi JMM, En. Faiz Azizan, proses ini bukan sekadar menjaga fizikal kain semata-mata, tetapi melestarikan roh, nilai sejarah, dan simbolisme perpaduan yang terkandung di dalam setiap bebenang benderanya.

Pentingnya usaha pemuliharaan ini adalah demi masa depan anak anak kita sendiri. Tanpa bukti fizikal macam bendera ini, generasi akan datang mungkin sukar untuk menghayati jerih perih perjuangan orang terdahulu.

Jadi bendera ini perlu terus dijaga sebagai saksi hidup perjuangan kemerdekaan, membolehkan warisan dan budaya negara terus dihargai dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat pada masa hadapan.

Setakat hari ini, aku belum jumpa lagi bendera yang seperti ini dalam simpanan orang persendirian sebab satahu aku, bendera ni ada banyak juga. 

Comments