Foto yang dirakam tadi, bukan untuk hari ini.




Jika ada yang mengatakan mengambil gambar itu mudah, ia memang mudah. Cuma hala kamera dan tekan saja butang shutter, akan ada lah imej yang terakam nanti.

Ribuan kali ditekan, maka ribuan imej juga akan terakam. Cantik atau tidak itu bukan soalan yang betul, yang patut difikir nanti ialah Adakah imej yang dihasil itu baik? - kerana gambar yang cantik itu bukan gambar yang baik. 

Cantik dan Baik itu ialah dua perkara yang berbeza.

Akhirnya, apa yang akan dilakukan dengan imej imejan itu? 

Jadi, adakah (fotografi) itu perlu atau sekadar ada dan sebelum apa pun yang hendak dilakukan, soalan utamanya adalah KENAPA?

Fotografi itu memerlukan masa, ruang dan wang, rugi jika ia tidak diguna kembali.. Kembali kepada masyarakat, umum.

Dalam konteks kembali kepada masyarakat itu, selepas berbelas tahun kita menjelajah, melihat dunia melalui kamera, dan shoot macam macam dari suka, duka dan segala yang ada in between, akan timbul satu soalan 

"Apa yang aku tinggalkan? Adakah karya karya ini cukup?"

Sebenarnya, bakat dan pengalaman tu bukan sekadar untuk praktik. Ia adalah amanah. Dan untuk 'memberi kembali', ia bukan pasal wang atau projek besar besar. Ia tentang meninggalkan sesuatu kepada generasi yang akan datang.

Tentang memastikan setiap kali kita meninggalkan sebuah tempat, ia bukan sekadar mengambil sejarah, tapi juga meninggalkan jejak narative bagi mereka yang tidak berpeluang mengalami peristiwa atau zaman itu.

Apa yang paling bermakna bukanlah tentang subjek tapi tentang cerita disebalik itu.

Contoh, di Jalan Stesen, Tapah ada sebuah klinik, seperti tiada yang istimewa namun aku berpendapat, ia harus dirakam dan semestinya wajib didokumentasi.

Tapi KENAPA? kerana foto yang dirakam tadi, bukan untuk hari ini. Ia untuk dokumentasi masa hadapan.

Apa beza dalam gambar yang diambil itu? selang masa hanya dua tahun sahaja namun perubahan yang terjadi amat besar.

Jadi, adakah gambar yang kita rakam tadi untuk hari ini?




















Comments