Untuk RM5 sekeping, secebis sejarah ini boleh dimiliki jika mahu. Ia bernilai RM5 kerana ia dijual.
Tertera maklumat ' Rumah Peneroka Felda', 'Felda Trolak', '1987'.
Jadi ini ialah suasana, keadaan rumah peneroka di Felda Trolak ditahun 1987.
Mungkin dahulu slide ini untuk dokumentasi jabatan atau agensi berkaitan dan ia bukan untuk tatapan umum, sekarang ia dijual untuk mereka yang berminat.
Aku minat, aku mampu beli dua keping je walaupun penjual ada ratusan keping dalam album.
NOTA KEKAKIAN: Dua gambar terakhir tu direct shoot dari hp, Epson Perfection 1650 dah arwah.



Comments
Post a Comment