JURNAL - Final Year Degree Exhibition for Digital & Imagine Art (Creative Photomedia) di UiTM Puncak Alam
This is my personal favourite work, on the second day of the Final Year Degree Exhibition for Digital & Imagine Art (Creative Photomedia) di UiTM Puncak Alam, semalam.
“Orang Miskin Harus Sekolah (Knowledge Should be free)” - Fitri Syazwani Agus Hamidi
Ia bukan yang terbaik namun pasti boleh lebih baik, tapi kredit harus diberikan kepada pelajar yang berusaha menyelesaikan tugasan within the period given ...didikan dan bimbingan dari pensyarah juga nampaknya memain peranan penting dalam penghasilan produk akhir ini, dan apa yang bestnya tahun ini, subjek pilihan (tajuk) yang dipersembah agak berat.
Alif bagai menghampar masa silam alam Melayu kepada dunia moden kini dengan bercerita tentang kembaranya di Pulau Misa, dimana komuniti setempat di situ masih lagi mempraktik cara dan gaya hidup zaman terdahulu dari segi pemakaian dan kehidupan harian.
Siri gambar yang ada dalam buku lebih menyeluruh dari gambar yang tergantung
Seronok mendengar bagaimana dia membina hubungan sehingga menjadi sebahagian dari 'orang' Pulau Misa untuk meruntuh 'barrier' orang luar bagi mendapatkan visual yang lebih mesra dan tidak nampak lakonan.
Selain research, setting the establishement juga adalah langkah penting dalam kerja dokumentasi.. perkara yang ramai amik mudah termasuk lah so called Press Photographer/Photojournalist sebab mereka fikir dengan memiliki media pas dan itu ialah 'access besar' bagi mereka untuk keluar masuk dan hala kamera ke mana sahaja.
Awang batil yang kini boleh dikategorikan rapuh dalam pengertian meneruskan keberadaan dan persembahan kerana kini hanya hanya seorang Awang Batil masih kekal bertahan, Ramli Mahmud yang mewarisi seni itu daripada bapanya, Allahyarham Mahmud Wahid.
Seni lipur lara Awang Batil yang menjadi sebahagian tinggalan sastera lisan semakin diancam kepupusan.
Sebagai pencerita, Aiman berjaya untuk 'menyampai' dan objektif untuk memberitahu itu sebenarnya agak menyeluruh ketika dia menerangkan tentang tugasannya secara verbal tanpa gugup gap ermm, aa.. namun visually, ada beberapa gambar yang saya fikirkan perlu ada untuk dipaparkan.
Tentang tajuk “Orang Miskin Harus Sekolah (Knowledge Should be free)” ni saya dah ushar dari akaun Instagram rasmi, selepas mendapat jemputan dari fakulti mereka.
Bila bercerita tentang pendidikan, umum sedia maklum, ia adalah perkara asas yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan selepas kewujudan Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Namun, tajuk ini sepertinya memberi persepsi "orang miskin ni tak boleh sekolah ke?"
Adakah Syazwani ni nak menjadi aktivist untuk memperjuangkan hak kesamarataan anak anak itu supaya mereka juga boleh bersekolah?
Apakah work ini akan membuka ketidakadilan dalam memberi peluang dan ruang untuk belajar?
Saya melihat dan membaca visual yang dipersembah, subjek yang dinaikkan cukup bagus dari segi teknikalnya.. cuma, naratif yang ada bukanlah seperti yang diberi.
Ia tentang pengorbanan, ia tentang usaha individu untuk memberi ruang bagi yang tidak berpeluang.. subjek yang cukup kuat untuk diberi pendedahan.
Sessi borak kami kemudian disertai oleh seasoned photojournalist, Tuan Haji Shamshahrin Shamsudin yang turut sama memberi input yang penting mengenai kepentingan visual visual yang perlua ada, dapat lah saya tumpang mendapatkan tips .. heh.
Terima kasih yang paling berjuta kepada para pensyarah Ts. Dr. Elly Tan yang sudi menjemput, Senior Lecturer, Sir Mohd Fadhil Kamarudin, Sir Zahir Alauddin Abd Hamid dan Sir Fadli Abdul Razak yang sudi melayan kami dari pagi sampai ke petang.. memang excited mendengar program program yang akan mereka buat kemudian.
Nota: Since my practice in photography ialah journalism dan documentary and visual storytelling approach, saya tak arif tentang Commercial dan Art Photography jadi saya seharian berada di booth Journalism sahaja.





Comments
Post a Comment