JURNAL - Selamat tinggal The Lost Spell

 


5 Mac 2025 adalah hari terakhir pameran Jiwa Membumi The Soul of The Land di galeri berprestij, Galeri Seni dan Muzium Bank Negara Malaysia.. dan kami para artist sepatutnya berkumpul buat kali terakhir untuk melepak bersama dengan karya sebelum ia diturunkan.

Lima tahun kumpulan ini mendedikasikan masa dan tenaga mereka turun naik dan menempuh pelbagai masalah dan rintangan sehingga berjaya mendapat tempat untuk berpameran.. Alhamdulillah.

Aku habiskan masa beberapa ketika untuk melihat dan bergambar dengan karya sendiri sebelum perlu bergegas pulang sebab ada masalah di bengkel.. Terlepas peluang berjumpa dengan rakan artist yang lain.

Selepas tiga hari, semua artwork aku sampai ke rumah. Ia ambil masa yang lama sebab proses packaging untuk artwork ni rupanya amat rumit dan ia dilakukan oleh pihak yang dilantik galeri.
Artwork datang siap berbalut kemas.

Kelmarin, The Lost Spell series sudah sampai ke pemiliknya. Segala dokumentasi telah lengkap dan ia akan menjadi sebahagian dari koleksi seni pemilik baru.

Tak tau lah bila lagi aku akan nampak koleksi itu sebab edisi itu hanya 1/1 ( large format, latex on timber plywood), edisi giclee print hanya ada 5/5 juga ada tapi belum di release kan lagi sebab nak tunggu pameran selesai dulu lah.. modal nak print pun bukan ada sangat hahahahaha.

Tahun ni akan mula (hopefully) dapat teruskan bahagian ke dua pulak untuk The Lost Spell.. banyak juga dapat info tentang tempat tempat yang masih mengekalkan ejaan ejaan lama ni dari para pelawat dan pelajar yang mengunjungi pameran yang lepas tu.

Terima kasih pada yang datang melawat pameran Jiwa Membumi The Soul of The Land di galeri berprestij, Galeri Seni dan Muzium Bank Negara Malaysia

Comments