![]() |
All photos © Ilham Danish |
Berani bukan kerana penulisan itu tentang tentangan atau laungan paksi isu semasa atau tatanegara, tetapi kerana ia satu cara dia ‘membebaskan’ jiwa sendiri yang (mungkin) berkaitan sejarah diri atas perkara yang peribadi.
Tiada rangkap perbalahan, cuma berat rasa kecewa dan kesal.. dalam tajuk Memeluk, ia jelas hadir pada perenggan akhir.
Untuk aku yang mengenali Ilham sebagai seorang jurugambar berita, bukanya penulis tapi susun atur ayat dan penggunaan kata cukup mudah tanpa perlu ‘dicipher’ untuk memahami tentang interpretasi apa yang hendak disampaikan.. ia senang.
Tiada Metafora yang ‘deep’ sangat sampaikan sukar untuk pembaca untuk memahami maksud disebalik ayat dalam perenggan.. nanti kusut pula yang membaca.
14 puisi dan prosa bersama 25 visual hitam putih yang digunapakai untuk merangkumi rasa penulis ketika itu agak bagus dengan saiz A5 yang mudah dipegang untuk dibaca (juga bajet).
Judul Menang pada aku mempunyai rima yang best.
Aku bukan seorang pemuisi atau penyajak juga penulis, membaca Mengairi Yang Telah Gugur ini memberitahu ruang untuk menjadikan penulisan sebagai satu cara pembebasan jiwa kacau, dari ia dipendam dan disimpan hingga diri rasa membungkam tanpa boleh dijerit jerit.. jadi, tulislah, gambarkan lah ‘rasa’ itu supaya ia tidak memakan diri.
Ini penerbitan pertama Ilham, jadi untuk kita nak buat perbandingan tentang baik atau tidak hasilnya yang ini, maka perlulah kita baca sendiri. Boleh hubungi terus penulis untuk mendapatkan BukuFoto ini.






Comments
Post a Comment