ARTIKEL - Bagaimana kita melihat gambar dan bagaimana seorang jurugambar mempersembahkan hasil mereka kepada umum?

 


Bagaimana jurugambar mempersembahkan hasil mereka kepada umum?


Pameran , Penerbitan buku, Social Media atau ada cara lain?


Apa niat dan tujuan mereka memilih platform itu dalam mempersembahkan hasil mereka kepada umum?
Adakah dengan cara ini ia dapat merekod konteks sejarah, budaya dengan cara ia dipamerkan di galeri vs media sosial; iaitu kekal atau sementara.
Jika ia dipamerkan di galeri, ia hanya akan dilihat oleh pengunjung yang hadir atau yang meminati karya yang terpamer hanya di galeri, berbanding ianya diletakkan secara bebas di social media yang mempunya capaian yang lebih luas - namun, nilai karya diantara platform ini jauh berbeza.
Mengambil gambar ni senang, memang senang. Hala je kamera dan tekan shutter, dapatlah imej tu. Tapi apa nilai imej tu? Cantik ke Baik? Elok ke Tak Elok? Ada Cerita atau Tak? Apa pun, ia tetap imej yang dirakam oleh peranti yang digunakan.
Saya yakin, pada mereka yang dah lama berkarya menggunakan kamera ni, mereka sepatutnya dah wayyyyyy beyond dari melihat /membuat sebuah foto dari segi esthetic atau technique tetapi pada bagaimana ia selari dengan penceritaan, aplikasi etika dan realiti yang boleh diberi selepas karya itu dipamer pada umum (baca, What's Next?).

Bagaimana kita melihat gambar?

Gambar yang baik tu biasanya tak best, ia akan membuatkan rasa tidak senang bila melihatnya seperti gambar Falling Man oleh Richard Drew, mayat baby Alan Kurdi yang terdampar dipantai dan paling epik semestinya The Burning Monk gambar gambar ini tidak cantik, blur, noise tapi ia berjaya mengubah naratif dunia.
Ini membuatkan mereka yang melihat akan lebih kritis dan menimbulkan persoalan, untuk apa gambar ini diterbitkan? Kamera ada kuasa, ia boleh digunakan untuk mengawal naratif, bagi yang suka mengambil tahu fotografi boleh berfungsi sebagai Alat Propaganda. Ini cerita lain, perlu mereka yang punya frekuensi yang sama supaya meja tak terbalik dan tiada siapa yang dicampak ke dalam sungai yang ada biawak.
Jadi, ini ialah VU, saya pilih penerbitan. Ia untuk melengkapkan kitaran photography iaitu gambar fizikal.. bukan di social media. Kali ni jalinan gambar ialah tentang apa yang aku lalu dan jumpa masa 'terbeban' dalam proses menyiapkan The Lost Spell dulu - lebih lima tahun.
Setiap kali berpeluang, saya cuba mempraktikkan kembali cara melihat dan bagaimana menyampai cerita melalui gambar.
Kadang ada, kadang takde..biasanya takde sebab banyak duduk dan memerhati.
Ini bukan fotografi jalanan dan tak pernah jadi street photography, ini ialah VU.

Comments