JURNAL - Memahami konsep Learn, Unlearn, Relearn.

© Shamshahri Shamsudin dan Aliff Basri

Makanya.. dalam beberapa hari berdialog dan bersepahan diskusi tentang fotografi ni Aku boleh simpulkan yang kita perlu lebih kritis ketika melihat dan bertanggungjawab bila mengambil gambar:
Soalan yang perlu dijawab (berfikir, jika perlu)
adakah ia mendidik atau mengeksploitasi? jadi setiap karya yang terhasil itu untuk apa dan mengapa? Apa pulak tanggungjawab kita as a photographer?
setiap soal tentang kewujudan gambar itu samaada ia dipersembah kepada umum atau tidak, ia tetap punya niat.
Aku yakin, dalam kita berkarya dengan kelebihan (bakat, kemampuan) yang kita ada dan digandakan pula dengan tujuan yang betul makanya kita sebenarnya boleh mengubah naratif pandangan sosial terhadap fotografi.
Penghasilan sekeping gambar yang memberi impak kepada masyarakat adalah satu ultimatum, samaada masyarakat atau pihak yang melihat mahu bertindak atau sekadar melihat ia sebagai satu 'gambar'.
Bagi fotografer yang berjaya merakamnya pula, Whats Next?
"If you’re photographing someone in distress, and you can do something to help, you should." ni yang si Criss Hondros buat lepas dia asgmnt di Iraq masa dia shoot "Girl in the Crossfire"... bertahun dia jejak balik budak ni untuk beri bantuan. Boleh cari dokumentari tajuk Hondros. - lari sikit tajuk, maaf.
Nak pulak di zaman AI ni, setiap gambar yang terpampang kini boleh dipersoalkan tentang kebenarannya.. kepada yang lebih kritis dan berfikir, maka ia akan kekal di satu sumber tanpa dikongsi jadi penyebaran salah maklumat itu lebih terkawal.. jika kita lebih kritis bila melihatnya. Ini salah satu sudut lah dalam konteks menggunakan gambar dan visual dalam propaganda yang amatlah banyak digunapakai dalam mencipta naratif. Betul/Salah ia tetap memberi impak kepada kumpulan sasaran.
Jadi, shoot with purpose lagi best dari Shooting without context.


Comments