Tentang Nota Penting dalam (untuk) industri fotografi | On Serious Notes on (for) photography industries


2019. Itu adalah pertama kali aku lihat full series of Mr Beautiful / Malam Enche' Chantek ni. Knowing Haji Shamshahrin Shamsudin (selepas ini akan ditulis sebagai SS) lebih sedekad lalu, dia hanya memperlihat sebahagian atau kebanyakkannya adalah asgmnt work as photojournalist for his international news agencies yang dia serve lah.
Tapi kali ini lain, ia adalah self asgmnt, personal touch without any restrictions with the agencies. Meaning is, Personal Work.
Bukan work based on asgmnt sheet. - fahamkan terms Personal Work itu.
*Kerana seringkali berlaku ketika sesi work/folio review dihadapan reviewer, perserta acapkali mempersembahkan hasil kerja tugasan, bukan personal work. Sebab itulah bila reviewer tanya balik, “where's your work? This is an asgmnt.” Makanya, terkulat kulat lah kita dihadapan reviewer yang masih menanti jawapan sambil flip flip flip “koleksi gambar asgmnt” yang dicari, kumpul dan print sehari sebelum berangkat.. sudahnya, angkat kaki dan pergilah berparti saja.
Baik, kembali kepada siri ini. In a full series of Mr Beuautiful ini aku dapat memperlihatkan tentang satu perkara.. Trust.
Mak Nyah, transgender ini ialah satu perkara yang taboo dalam masyarakat kita dan salah dalam agama Islam. Untuk orang luar mendekati golongan ini adalah satu cabaran, apa lagi kau nak mendokumentasikan mereka dalam gambar. Ini adalah satu perkara yang jarang berlaku tanpa Kepercayaan dari dua pihak.. yang meminta dan yang memberi.
Jadi bagaimana SS dapat mendekati, literally dekat. Bukan skodeng super zoom, ia mungkin 24mm or 35mm or 105mm max, mungkin. Ada juga image of the subject memandang tepat kepada lensa, jadinya, SS punya kelibat itu kelihatan. Visible.
Terdapat juga aksi peserta belakang pentas yang berjaya dirakam. Dalam news atau documentations terms kita panggil itu ACCESS.
Jadi bagaimana kita nak mendapatkan acces yang sedemikian? Adakah acara seperti ini digembar gembur dengan jemputan terbuka? Pihak yang menganjur? Maklumat nak dapat macamana?
Tanya SS.
NOTA KEKAKIAN: Benar, waktu sarap mingguan bersama SS dan Aliff Bin Basri ni umpama sesi senggama minda. Tiada lain selain mendapatkan ilmu selagi mampu untuk dibelajar. Akan ada saja buku baru yang akan dibincang untuk dibaca. Cukup untuk difahami bukan didalami.. for personal work.
Untuk penulisan ini, petikan dari buku "The Photographer's Eye" by John Szarkowski adalah paling tepat bagi aku menghurai posting SS itu.
"The photographer learnt from his own practical experience and from the multitude of other photographs being produced. Photographers of varying abilities with different aims took the photographs reproduced"
Makna kata, within years of experience dalam bertugas jurugambar sepatutnya sudah mempunyai satu visi artistik yang datang secara natural - tanpa memerlukan arahan. Bagaimana jurugambar itu tackle the situasi untuk menyelesaikan tugasan adalah pada skill individu.
Benda ni sebenarnya pembelajaran secara langsung lah.. hands-on terus, the theory semua tu dah tak terpakai sebab kau dah lama dalam industri. Kita belajar dengan buat sendiri dan membuat kesilapan, itulah proses.
Berhasil atau tidak, percayalah proses ini membina instinct dan kemahiran yang lebih hebat dari teori.

NOTA KEKAKIAN: Boleh baca posting Haji Shamshahrin itu disini

Comments