JURNAL - Final Year Project pelajar Diploma Fotografi 2025 di UNISEL.



Isnin lalu ( 3 Mac 2025 ) dapat jemputan untuk melawat pameran Final Year Project pelajar Diploma Fotografi di UNISEL.
Intake lalu tak ramai jadi pameran hanya dibuat dalam satu studio yang ringkas, bagus juga sebab ada lebih masa meneliti satu persatu.
Kehadiran disambut oleh Ts. Nur Shazleen Md Yusof Leen Yusof dan Pensyarah, Afendi Md Shas Md Khaled sebelum mereka meneruskan urusan yang lain.., datang pada hari pembukaan makanya banyak urusan yang perlu diselesaikan.
Kebetulan hari itu ada sesi 'assessment' untuk para pelajar yang dikendalikan oleh Puan Soraya Yusof Talismail dan suami, Abang Ariff Awalludin.. Aku dapat sertai mereka selepas habis melihat pameran.
Di sana yang dipamer adalah studio work, fashion, product shoot, portraiture.. ia satu genre yang kurang aku praktikkan ketika bekerja dulu, kalau ada pun sekadar ambil tahu untuk memenuhi tuntutan pelanggan sahaja. Hanya seorang yang menghasilkan genre photojournalism.
Untuk aku letakkan hasil anak anak ini sebagai baik, ia jauh lagi, tapi usaha yang diberi itu sepatutnya diberi pujian.
Untuk mereka yang baru mengenal fotografi, ia cukup untuk mereka mengenal asas kerjaya yang akan mereka lalui nanti (jika tidak mahu menyambung ke Ijazah).
Aku bukan orang akademik, maka apa yang terlihat pada ketika itu, apa yang diajar dan dibelajar semua tercapai objektifnya... setinggi tahniah kepada para tenaga pengajar.
Aku yakin yang belajar itu bukan hanya di universiti tapi ia juga boleh diambil dari pengalaman, interaksi dan pengamatan.. kita ambil dan jadikan ia sebagai salah satu proses pembelajaran.
Aku orang industri.. jadi banyak teguran dan penambahbaikkan yang disampaikan pada anak anak ini tentang bagaimana menempuhi realiti dan sepak terajang dalam industri, pembawakkan kendiri itu nanti akan mempengaruhi bagaimana karier itu berlangsung (atau berakhir).
Ketika sesi awal bersama pasangan Kak Soraya Yusof Talismail dan Abang Arif, mereka menekankan tentang kecenderungan pelajar dalam fotografi, tentang kepentingan mempunyai 'keberahian' dalam berkarya kerana itu yang kita kurang dalam diri.
Work yang terhidang sememangnya cantik, cumanya cara penyampaian dan persembahan itu sepatutnya boleh lebih kemas atau paling tidak pun ia seragam.
Aku sempat jugak berkumpul bersama anak anak ini sebelum balik, bercerita tentang betapa pentingnya untuk bercampur gaul dengan orang dalam industri kreatif yang lain.. koreografer, penyair, penulis, pemuzik sebab ia akan membuka minda dan kamu akan melihat satu perkara itu dengan pelbagai perspektif.
Satu lagi praktis yang ramai fotografer malas nak buat ialah membaca, join workshop atau pergi pameran atau join talk sebab pada mereka ia tak perlu sebab mereka rasa dah cukup bagus dalam apa yang mereka buat.. aku pesan, itu salah sebab dari situlah kita akan dapat pelbagai info, cara dan bagaimana nak 'construct work' baru dengan cara yang berbeza selain dari tunggu assignment masuk.. itu penting.
Jangan limitkan diri dalam satu kelompok, walhal dunia ni luas dengan kepelbagaian.
Akhir kata, mereka ini (para pelajar) harus diberi peluang dan ruang untuk mereka melihat 'Apa itu Fotografi' supaya mereka tidak mengulangi kesilapan mereka yang bergaji bulan yang fotografi itu bukan sekadar mengambil gambar yang cantik.
Untuk para sobat industri di luar sana, marilah kita sama sama berkongsi pengalaman untuk mereka (pelajar) supaya IPTA/S ni akan menghasilkan lebih ramai fotografer yang lebih baik dari kita nanti.. mereka ini pelapis, jangan nanti AI generated images itu menjadi normalisasi dalam penerbitan, maka ketiadaan jurugambar itu bukanlah masalah.
NOTA: Layan corner kat Jalan Perindustrian Rawang itu lagi best dari turun Cameron Highlands via Tapah.

Comments