Tentang memahami "Decisive moment"


Menjawab tentang "Decisive moment" konsep/falsafah/cara (ikutlah apa terms yang korang faham).. Henri Cartier-Bresson (ditulis sebagai HCB selepas ini) melihat dalam kehidupan seharian ada masa tertentu di mana semua elemen dalam frame tu sempurna dari segi komposisi, lighting dan ekspresi.. kira semuanya harus perfect lah. Tapi moment tu datang on the dot, tak boleh diduga, namun boleh dijangka.

Jadi, jurugambar tu kena sentiasa alert.

Dimasa kini, kebanyakkan orang salah faham. Ada yang ingat dengan ambil gambar random banyak banyak, nanti dapat la "Decisive moment" tu.

Tapi itu bukan maksud HCB. kita tidak trigger happy walaupun kamera korang boleh burst 40 fps. HCB lebih tekankan kesabaran dan kefahaman situasi. Bukan sekadar luck. Kena observe, tunggu timing betul betul.

Yang lagi buat pening ialah mereka (jurugambar) ini hanya melihat gambar yang terhasil dan meniru, tapi tak mau mengambil tahu cara HCB berfikir, melihat dan execute.. jadi yang terhasil ialah gambar orang melompat lopak air dan convert bnw + grain effect beserta hashtag #decesivemoment #hcb

Untuk saya, dari pemahaman yang dibaca.. "Decisive moment" itu ialah bagaimana HCB melihat situasi ketika itu, ditempat itu dan bagaimana dia membayangkan what happens next sebelum dia memetik shutter. Makanya sudah tentu dia menanti saat itu.. keyword is "menanti". Sudah pasti dia berada lama di suatu tempat.

Pemahaman jurugambar tentang "Decisive Moment" itu pun sebenarnya dah disalahertikan dengan konsep "menekan shutter pada waktu yang tepat."

Maksud sebenar (mengikut pemahaman peribadi) adalah lebih kompleks dan halus.. ia adalah disiplin untuk mengenal pasti dan menangkap saat yang tidak dapat diulang kembali dengan makna, emosi juga komposisi visual yang sempurna dalam satu frame.

Ia bukan tentang bertuah ya tuan tuan.. tapi kesediaan, kesabaran, dan apa yang dah dirancang terlebih dahulu.

Seorang jurugambar harus peka dengan apa yang berlaku, tetapi juga bagaimana elemen itu disusun dalam frame kamera.

HCB ni juga masa mudanya praktis lukisan sebelum fotografi.. jadi sense of composition, geometry, and visual balance tu memang ada dalam diri.

Sebagai seorang yang meminati fotografi, kita sebaiknya cuba menambah satu lagi hobi iaitu membaca. Susah, tapi ia best. ia kan memberi satu sudut pandang yang berbeza dalam karya fotografi kamu selepas itu. Percaya lah.

Comments