We Don't take Pictures We make them - A quotes.

 


Kuliah pagi hari ini ketika bersesakkan di jalan ialah dari talk Tuan Haji Shamshahrin Shamsudin dalam TedxUMSKAL bertajuk "We Dont take Pictures We make them".
Kali pertama dengar ayat ni, tahun 2006 or 2007 gitu di Kajang ketika sessi TT bersama Kajang Clan.
Penerangan mudah, tentang pre imagine, sketch dulu apa gambar yang perlu diambil supaya tidak 'trigger happy' semasa bertugas.
As a working photojournalist (retired) ia adalah normal practice bagi mereka dalam menjalankan tugasan. Selpas shoot, proses edit dan file gambar ke desk adalah satu masa yang paling crucial.. lambat seminit bermakna gambar tu dah basi, lambat seminit gambar yang di file tu mungkin dah berlapis lapis dengan que gambar dari agensi yang lain.
Bayangkan bila load gambar kat folder, dan ada beratus gambar yang korang nak select?
Cara berfikir dan bekerja setiap individu sangat berbeza mengikut masa dan ketika, hendak lagi ketika waktu bekerja..
Tapi tu lah, photojournalist (sesetengah) ni bila dah bertahun mengamal tatakerja yang sama sampaikan ketika 'outing dengan kawan pun kadang kala banyak melihat dari mengambil gambar 😏
Oh, another take on this talk is "Photographers don't talk much, we let our photos do the 'talking'

Comments