![]() |
| Dari kiri: Moderator, Ariff Awalluddin,Che Ahmad Azhar, Supian Ahmad, Amri Ginang, Azlan Mam, Sc Shekar dan Soraya Yusof Talismail bergambar bersama selepas selesai majlis bual bicara itu. |
Minggu lalu (27 September 2025) Saya dan para seniors dalam fotografi telah dijemput untuk menjadi panelis untuk CIMB Art & Soul Artober dengan tajuk From Lens to Wall: Conversations on Photography and Galleries bertempat di Hall 1, MITEC. Azlan Mam, Amri Ginang, Che Ahmad Azhar, Sc Shekar, Soraya Yusof Talismail dan moderator Ariff Awalluddin bersama atas satu pentas untuk memperkatakan tentang dunia fotografi yang kini semakin mendapat tempat dalam galeri dalam dan luar negara. Soalan yang ditanya kepada saya adalah berkenaan pemeran di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia pada December 2024 hingga March 2025 yang lepas dan adakah ia mengubah menghasilkan karya selepas itu. Suka saya tekankan disini, my practice in photography is Journalism namun, my personal work ialah Art and Life jadi sememangnya ada perbezaan. Maksud saya ialah setiap karya yang saya cuba hasilkan tu ada cara dan gaya journalism seperti tidak akan stage, usik atau ubah apa yang ada disekitarnya.. juga tidak akan menambah atau mengurangkan apa yang perlu dirakam. Secara tak langsung pada saya, ini bukan pameran biasa.. saya anggap ini adalah satu pengiktirafan yang sangat besar kerana dapat berkongsi ruang galeri yang berprestij itu bersama nama besar dalam industri fotografi Asia. Saya juga belajar untuk lebih memahami proses memilih, menyusun, dan mempersembahkan karya untuk ruang yang begitu dihormati seperti Bank Negara Malaysia. Objektif saya bukan sekadar mengambil gambar secara individu, tetapi tentang naratif yang lebih panjang dengan cerita, dan cubaan saya untuk berkomunikasi dengan pengunjung untuk lebih 'rasa' dekat. Pameran itu memberikan saya platform yang lebih luas untuk respon daripada yang melihat dan memahami, terutamanya generasi muda, mengingatkan tentang tanggungjawab yang kita pikul sebagai jurugambar dokumentari – bukan sekadar untuk merakam, tetapi untuk mendidik, menghubungkan, dan mungkin menginspirasikan tindakan.. Insha' Allah. Soalan seterusnya tentang transisi dari seorang Photojournalist (masih) kepada Art and Life Photographer. Kenapa saya memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada ini. Mengapa? Matlamat utama saya adalah untuk menyampaikan cerita. Karya kita sering dilihat di skrin komputer, dalam majalah, atau di laman web, yang kebanyakannya bersifat sementara. Morning news is Yesterday news bila sampai waktu petang. Dalam lima tahun terakhir sebelum bersara pilihan, saya banyak belajar kembali kepada asas untuk 'membuang rasa' dari PHOTOGRAPHER kepada VISUAL STORYTELLER. Saya banyak membaca kembali, menulis dan berdampingan dengan mereka yang hebat dalam industri mereka bagi memberi ruang kepada perspektif baru dalam Visual Storytelling. Saya juga ditanya tentang Festival fotojurnalisme antarabangsa, VISA pour l’Image di Perancis. Adakah kita mempunyai sesuatu yang serupa di Malaysia? Adakah saya akan menggalakkan Galeri Seni Visual Negara kita untuk mengatur galeri galeri seni dalam negara untuk mengambil bahagian dalam festival fotografi seumpama ini? Adakah kita mempunyai sesuatu yang serupa? TIDAK! Negara kita belum lagi mencapai satu tahap dimana gambar gambar journalism dan street ini mahu dipamerkan secara langsung. Tapi kita harus faham tentang dasar dan kekangan dari pihak pihak yang mengurus untuk membenarkan visual visual yang akan 'menimbulkan rasa kurang senang' jika dipamer secara terbuka. Ye lah, gambar news ni biasanya agak 'disturbing' dan sebab itu kebanyakkan Photojournalist (yang peka) akan ada self censorship ketika file gambar ke dalam system.
Namun, kewujudan komuniti komuniti indie seperti KongsiHub KL, Pecah Pala Photo Club dan Zontiga yang giat menjalankan pameran dan bengkel bengkel berkaitan documentary, journalism, street photography bagi memberi ruang jurugambar bebas berkarya.
Seingat saya, satu ketika dulu semasa Galeri Prima di Bangsar masih ada, mereka ada beberapa kali mempamerkan gambar gambar dengan genre Photojournalism.. dulu lah. Walaupun saya pernah bersama bekerja dibawah satu kumpulan yang sama, saya tidak mendapat peluang untuk mempamer hasil kerja saya di Galeri Prima secara solo, namun pernah beberapa kali gambar tugasan berpeluang dicetak secara berkumpulan.. mungkin hanya untuk mereka yang pernah memenangi anugerah.. ntah lah, itu zaman bekerja.. gambar untuk tugasan.
![]() |
| Poster promosi pameran Traversing 175 di Galeri Prima suatu ketika dahulu. |
Soalan akhir dari mereka yang hadir ialah kenapa gambar gambar photojournalism ni kebanyakannya agak 'disturbing'?
Ya, soalan yang best.
Dalam journalism, gambar yang ada tak ada yang cantik, apa yang ada ialah kebenaran dan cerita. News Photographer tidak akan stage, mengubah atau campur tangan dalam apa jua keadaan. Mereka di sana sebagai perakam sejarah yang berlaku.
Gambar yang di'file' hanyalah melibatkan cropping dan leveling the + or - untuk brightness.
News Photographer yang bagus terikat dengan satu rukun, iaitu ETHICS. For those who break it, might as well berhenti dan jadi Gay.

.jpeg)



Comments
Post a Comment