JUNAL - Sesi Kurator untuk Festival Kongsi.Seni di KongsiHub KL bagi Festival Kongsi.Seni di Art Depoh, Balai Seni Negara
Minggu sudah terlibat secara langsung dalam sesi kurator bersama Che Ahmad Azhar di KongsiHub KL untuk Festival Kongsi.Seni yang akan berlangsung pada 31hb Oktober hingga 17 November 2025 di Art Depoh, Balai Seni Negara.
Aku bukan yang memilih, cuma membantu membuat nota dan menyusun atur gambar sebelum proses Editing and Sequencing untuk menentu naratif visual para pengkarya.
Renyah sungguh proses ini sebab ia perlu dilakukan berkali kali untuk menyusun naratif itu dengan lebih baik mengikut 'tone' dari artist statement itu sendiri.
Banyak sungguh yang kami belajar dari Che Ahmad Azhar dalam proses yang panjang ini, satu hal yang beliau tekankan dalam melihat visual visual yang terletak diatas meja ialah tentang 'open' dan 'close' visual.. panjang rungkaian yang diberi pada hari itu.
Ia tidak habis di situ je, minggu berikutnya pula ialah menentukan susunan dan pemilihan gambar untuk dicetak dalam beberapa saiz, pemilihan material dan cara persembahan bagi setiap tajuk.
Kerana pameran ini berskala besar, kami tidak akan mengambil mudah dalam cara persembahan karya - ia bukan sekadar cetak, bingkai dan gantung. penglibatan struktur, bunyi dan visual akan digabung sekali dalam festival ini.
Kali ini seramai empat kurator yang terlibat untuk memilih dari puluhan penyertaan dari dalam dan luar negara untuk tiga tema yang diberi.



.jpeg)




Comments
Post a Comment