FILM LOG - Ulasan kamera Canon EOS A2 a.k.a EOS 5

All photos credit to oman.whizzcart.com



Bukan Canon EOS-1V, tapi sedap..

Cerita pasal Canon EOS A2 (A2) atau  EOS 5 untuk JDM, terus teringat zaman filem tahun 90an dulu. Kamera ni  yang antara yang power la masa tu. Kalau dapat guna A2 hari ni, korang akan dapat rasa padunya kamera ni compared to filem bajet yang lain.. melainkan korang mampu nak beli Canon EOS-1V or bawah sikit, EOS 3 lah.

Benda pertama yang saya suka pasal EOS A2 ni ialah handling dia. Nampak macam besar sikit, tapi bila dah pegang, ..memang sedap lah dan "ngam" je dengan tangan. Design dia ergonomik, so kita rasa sedap masa nak shoot. Material body mostly polyarbonate tapi dia punya built tu memang tak rasa plastic langsung.

Satu "magic" yang ada pada kamera ni ialah teknologi Eye-Controlled Focus. Tengok je pada titik fokus dalam viewfinder, lepas tu focus point tuakan ikut ke mana mata korang pandang.. Teknologi ni tinggi for tahun 90an. Memang senang kerja kalau kita nak tukar fokus dengan cepat. tak perlu pusing dial banyak kali.

Lagi satu kelebihan yang buat jatuh cinta ialah bunyi shutter dia yang sangat lembut dan senyap. Kalau yang jenis suka ambil gambar candid atau street photography, A2 ni memang ngam. Orang sekeliling takkan perasan pun korang tengah shoot sebab bunyi dia tak bising macam kamera SLR lain yang bunyi dia macam pintu kena hempas.. tapi tu lah, hala body SLR zaman ni, memang kena jeling juga.

Kamera ni guna EF Mount. Jadi, kalau korang ada lens Canon moden yang guna kat DSLR sekarang, kebanyakannya boleh terus sumbat masuk dalam A2 ni. Tak payah pening kepala nak cari lens lama yang susah nak jumpa. Kualiti optik lens moden bila pakai dengan filem, hasil dia memang sedap.

Satu benda yang buat saya tabik ialah sistem metering cahaya dia yang sangat bijak. Jarang sangat saya dapat gambar yang under atau overexposed dengan kamera ni. 


Bagi yang baru nak serius dalam dunia filem, sistem macam ni sangat membantu untuk elakkan kita membazir filem yang makin mahal sekarang ni.. tech yang ada, agak moden untuk zaman dia.

Walaupun dia nampak pro dan penuh dengan butang, sebenarnya kamera ni sangat senang nak faham.. dial dia straightforward je. Korang takkan rasa macam kena baca buku teks 500 muka surat semata mata nak tahu macam mana nak tukar kelajuan shutter.

Untuk saya, Canon EOS A2 ni adalah pilihan yang sangat mantap kalau korang nak rasa pengalaman guna kamera filem yang ada ciri moden.. auto boleh, manual pun boleh.

Dia laju, tepat dan cepat (depends on the lens uses) dan yang paling penting, hasil gambar dia best.

Value For Money

Kalau korang jumpa unit yang masih elok atau terpakai, jangan fikir lama lama, angkat terus sebab kamera ni tak la "rare" mana tapi berbaloi untuk dimiliki.. cumanya, sejak analog ini menjadi hype, harga dia agak tinggi.. sekitar RM450-800 jugak lah. Nasihat saya, beli atas tangan.. boleh test.

Lagi satu, body ni guna 2CR5 lithium punya bateri.. mahal lah kalau beli yang ada brand, tapi kat online ada jual yang OEM punya.. boleh lah tahan tiga empat roll (atau lebih).


 

Comments

  1. inilah kamera saya zaman filem.... memang saya guna sepenuhnya, tapi bila masuk zaman digital saya jual dgn harga rm300, sebab filem dah semakin susah nak dapat dan bateri 2CR5 agak susah jumpa, zaman tu Shopee Lazada belum ada...

    gambar hasil dari EOS 5/A2E ada dalam galeri saya

    ReplyDelete

Post a Comment