Fotografi Dokumentari 101
Gaya gambar yang mempersembahkan rekod acara, individu dan tempat yang jelas, kebiasaannya untuk merekodkan detik sejarah atau peristiwa /politik yang penting.
Apakah itu fotografi dokumentari?
Fotografi Dokumentari ialah istilah umum yang merangkumi pelbagai pendekatan, namun istilah itu biasanya merujuk kepada seni yang merakam detik semasa, menyampaikan mesej tentang dunia, tempat, peristiwa atau pun individu.
Berbanding dengan kewartawanan foto, yang menumpukan pada peristiwa berita tergempar, Fotografi Dokumentari biasanya menumpukan pada isu atau cerita yang sedang berjalan, dilihat melalui satu siri gambar dan menarik perhatian dari isu dunia yang sukar atau berbahaya yang memerlukan beberapa bentuk tindakan pembetulan atau keterlibatan politik.
Contoh awal
Beberapa contoh terawal fotografi dokumentari boleh dilihat dalam karya jurugambar British, Philip Delamotte yang merekodkan pembongkaran Crystal Palace pada tahun 1852 dan Matthew Brady dari Amerika Syarikat, yang mendokumentasikan perang saudara Amerika pada tahun 1861.
| Philip Henry Delamotte |
![]() |
| Matthew Brady |
Di Scotland, David Octavius Hill dan Robert Adamson mendokumentasikan masyarakat Scotland termasuk nelayan di Newhaven.
![]() |
Foto Jurnalis Amerika Jacob Riis membuat rekod penting tentang kemiskinan di New York seperti yang dilihat dalam penerbitannya, How the Other Half Lives, 1890.
![]() |
| Jacob Riis |
Pada permulaan abad ke 20, Dorothea Lange dan Walker Evans merakam imej masyarakat di Amerika Syarikat dan ia menjadi satu siri yang hebat hinggakan bilangan majalah yang mencetak gambar sedemikian meningkat, termasuk LIFE, TIME dan Vanity Fair.
![]() |
| Dorothea Lange |
| Walker Evans |
Kamera semakin menjadi alat untuk perubahan sosial, dengan artis meneroka potensi besarnya untuk membawa kepada pembaharuan, dalam gaya yang sering dirujuk sebagai ‘social documentary photography’
Alfred Stieglitz dianggap sebagai perintis dalam dokumentari sosial, menghasilkan fotografi jalanan yang jujur seperti Steerage, 1907.
Fotografi Dokumentari Semasa dan Selepas Dua Perang Dunia
Dengan tercetusnya Perang Dunia Pertama, artis semakin menumpukan kepada keupayaan fotografi untuk merakam kengerian, tragis yang berlaku di seluruh dunia.
Pada pertengahan tahun 1920-an artis Jerman August Sander mula mengusahakan projek fotografinya, People of the 20th Century, memotret keratan rentas masyarakat, termasuk Handlanger (Bricklayer), 1928.
Hari ini dokumentasinya itu dilihat sebagai naskah dokumen yang memperlihatkan kuasa Jerman dalam peperangan. Daripada imej seksaan bangsa Yahudi, golongan bohemian yang kaya, tentera Nazi dan penghibur sarkas.
Semasa dan selepas Perang Dunia Kedua, fotografi terus menjadi alat yang berkuasa untuk artis. Fotojurnalis Amerika Syarikat, Lee Miller mendokumentasi semasa dan selepas perang. Henry Moore pula telah menerbitkan buku fotografi Grim Glory: Pictures of Britain under Fire, 1941 mengenai orang yang bersembunyi di bawah tanah London.
Selepas tamatnya perang Miller menjejaki rakan artisnya yang masih hidup, mendokumentasikan mereka bersama karya seni mereka seperti Jean Arp, Switzerland, 1947 dan Paul Delvaux, Brussels, 1944.
Selepas Perang Dunia Kedua, Henri Cartier-Bresson, Robert Capa, George Rodger dan David ‘Chim’ Seymour mengasaskan agensi fotografi Magnum, yang pada asalnya ditubuhkan untuk mendokumentasikan realiti kehidupan selepas perang, dengan ahli penting termasuk Eve Arnold dan Stuart Franklin.
Fotografi Kontemporari
Kebangkitan laporan dalam televisyen dan teknologi digital pada abad ke 21 menyebabkan kurang keperluan untuk fotografi dokumentari yang diterbitkan.
Ramai artis yang bekerja dengan gaya hari ini menimbulkan persoalan tentang peranan dokumen itu dan meneroka sempadan antara fakta dan fiksyen.
Jurugambar Amerika Diane Arbus merakam individu dari seluruh masyarakat, dengan tumpuan pada tokoh terpinggir.
Jurugambar British Don McCullin tertarik kepada mangsa yang terjejas akibat konflik, termasuk tentera emasa dan selepas Perang Vietnam dan potret mengerikannya tentang seorang kanak-kanak yang kelaparan di Biafra, 1968.Ruj
TIPS oleh Majalah LIFE ketika membuat tugasan
- Introductory / Overall
- Medium shot
- Close Up
- Portrait
- Interaction
- Signature shot
- Sequencing
- Clincher
NOTA KAKI
Rujukan
https://www.nationalgalleries.org/art-and-artists/glossary-terms/documentary-photography
Photojournalism The Professionals Approach, 4th ed, Kenneth Kobre
Photo Story Handbook, Taufan Wijaya
Disediakan oleh Supian Ahmad untuk Bengkel Fotografi Photo Documentary dalam Kinabalu Photo Festival 2021





.jpg)
Comments
Post a Comment