Musim jerebu kembali melanda negara dengan kualiti udara yang semakin merosot di beberapa lokasi utama. Stesen pemantauan APIMS mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat, khususnya di Johan Setia, Selangor (bacaan sekitar 150 hingga 160) serta beberapa daerah di Sarawak seperti Serian dan Samarahan.
Punca Utama Krisis
Pembakaran Terbuka Tempatan: Aktiviti pembersihan tanah dan pembakaran sisa pertanian di kawasan tanah gambut tempatan yang sukar dikawal ketika cuaca kering.
Jerebu Merentas Sempadan: Tiupan angin Monsun Barat Daya membawa kepulan asap dari titik panas (hotspots) pembakaran hutan di Sumatra dan Kalimantan melintasi Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Fenomena Cuaca Kering: Cuaca panas dan kurangnya taburan hujan akibat El Nino menyebabkan zarah terampai kekal terperangkap di ruang udara.
Kesan Kepada Masyarakat dan Alam Sekitar
Kesihatan Respiratori: Pendedahan kepada zarah halus PM2.5 memicu serangan asma, radang paru-paru, sakit tekak, dan batuk berpanjangan.
Iritasi Fizikal: Debu dan asap menyebabkan mata pedih serta rasa gatal pada kulit.
Golongan Berisiko Tinggi: Kanak-kanak, warga tua, ibu hamil, serta individu yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan paru-paru paling mudah terjejas.
Jarak Penglihatan: Pandangan kabur menjejas keselamatan pemandu di jalan raya dan memaksa pembatalan aktiviti luar atau sukan sekolah.
Langkah Langkah Penjagaan Diri
Gunakan Topeng Muka N95: Pakai pelindung pernafasan yang betul apabila berada di luar bangunan kerana topeng fabrik biasa tidak mampu menapis zarah PM2.5.
Kurangkan Aktiviti Luar: Elakkan latihan fizikal berat atau aktiviti riadah di kawasan terbuka jika bacaan IPU melebihi 100.
Banyakkan Minum Air Kosong: Pastikan tubuh kekal terhidrasi dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bagi membilas toksin.
Kawal Kualiti Udara Dalam Kediaman: Tutup rapat pintu serta tingkap, dan pasangkan penapis udara HEPA jika ada.
Kebersihan Kendiri: Mandi dan basuh bahagian muka serta mata sejurus tiba di rumah selepas melakukan aktiviti luar.
Dapatkan Rawatan Segera: Segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala sesak nafas atau sakit dada.
1. Fokus kat Subjek depan
- Bila jerebu jelas kat background, ruang hadapan menjadi penentu layering dalam visual.
- Letakkan elemen fizikal atau subjek di kat depan untuk bagi ruang belakang yang hilang.
2. Guna Siluet dan Garis Struktur (silhouette & leading line)
- Details ton akan barai dalam kabus. Tapi kita boleh alihkan fokus kepada garisan, struktur mercu tanda atau kerangka binaan untuk menegaskan skala serta bentuk di tengah-tengah suasana jerebu tu.
- Lihat mercu tanda as senses of places
3. Utamakan Gerak Geri dan Bahasa Badan
- Ekspresi wajah mudah tenggelam dalam pencahayaan kusam. Berikan tumpuan kepada body language seperti tangan yang tutup mulut or langkah kaki yang berat untuk menyampaikan beban suasana.
4. Biarkan Subjek Berdiri Sendiri
- Jerebu akan buat background jadi monokrom / over cast.
- Letak subjek di dalam frame, fokus dan track.. tekan bila dapat bentuk yang kita mahu.
5. Biarkan Warna Tampil Perlahan
- Tak perlu edit warna menjadi terang. Terima suasana low-contrast dan biarkan persekitaran nampak warna asas yang kusam... jerebu kan?
6. Masukkan Elemen Industri dan Bandar
- Gunakan struktur berskala besar seperti kapal di pelabuhan atau perancah besi binaan. Ini memperlihatkan kontras bagaimana nadi ekonomi tetap berjalan di bawah ruang udara yang tercemar.
7. Mainkan Gradasi Lapangan
- Kawal pendedahan cahaya dengan berhati-hati. Cari sudut yang menunjukkan kedalaman visual, tempat elemen beransur memudar daripada garisan hadapan yang jelas hingga ke siluet latar belakang yang hampir ghaib.
8. Gunakan Ruang Kosong Secara Sengaja
- Beri ruang yang luas kepada langit jerebu dalam komposisi. Ruang negatif yang dominasi ini secara visual betapa tebal dan beratnya udara yang ada dalam persekitaran.
9. Bina Garisan Berulang Ke Arah Latar
- Memanfaatkan barisan tiang lampu, pagar, atau garisan jalan yang menghala ke dalam frame untuk menunjukkan bagaimana jarak penglihatan menghilang secara berperingkat.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Comments
Post a Comment