MyFoto, portal koleksi khazanah foto digital liputan acara rasmi dan peristiwa penting negara sejak tahun 1948 oleh Jabatan Penerangan Malaysia.


Hari Ahad lepas sempat ke satu foto festival kat KL. Jumpa kawan dan meraikan karya mereka yang dipamer di sana. Seperti biasa ia meriah dengan gelak ketawa dan bincang bincang. Tak pergi lama, sekadar menjenguk gerai gerai jualan kot ada menjual buku buku foto langka zaman dahulu.. malangnya tiada. Namun kali ini, ramai kawan kawan ada produce zine dan buku yang bagus bagus macam Sir Azul Adnan, Amirul Johari dan Champ Tung

Saya berhabis masa lama juga di reruai Jabatan Penerangan (JaPen). Lama tak jumpa mereka ni, ye lah sejak bersara jaranglah ada keperluan untuk meliputi majlis majlis rasmi kerajaan. Yang best ialah mereka memperkenalkan satu portal yang dibangunkan oleh JaPen, MyFoto.

MyFoto ni portal pengurusan aset digital (Digital Asset Management System) yang dikendalikan oleh JaPen di bawah Kementerian Komunikasi. Tapi pihak mana yang bangunkan, saya takde la info.

Ia jadi arkib fotografi rasmi kerajaan la kiranya. Fungsinya mengumpul, menyimpan, dan menyediakan akses kepada jutaan rekod visual (ya, berjuta .. itu yang diberitahu oleh staf mereka) peristiwa bersejarah, aktiviti kepimpinan negara, sambutan kebangsaan, pembangunan infrastruktur, serta budaya dan sosioekonomi Malaysia dari zaman sebelum Merdeka lagi.

Sistem ni digital, visual semua di scan (resolusi tinggi) dan paling best, metadata lengkap kalau nak cari gambar memang senang. Memang ngam.

Visual yang ada tentulah diambil oleh jurufoto rasmi kerajaan kan, sebab acces untuk era pra-merdeka, pembentukan Malaysia, hingga ke acara rasmi semasa ni orang awam tak da lah nak shoot.. zaman dulu yang ada kamera ni orang kaya je.

Boleh email mereka untuk Perkhidmatan Rujukan dan  Hak Cipta untuk akses carian awam serta saluran rasmi bagi permohonan resolusi tinggi bagi penerbitan, penyelidikan, dan pameran.

Kepada Penyelidik (yang Photo-Based Researchers dan Penyelidik Sejarah Visual) selain Arkib Negara, ini ialah portal yang wajib korang layan dan layar. Sebab dalam ni semua dah kategori bahan arkib rasmi. Ini penting bagi penyelidik kewartawanan atau visual history untuk mengesahkan susunan acara, kehadiran tokoh, elemen protokol, mahupun etika penyampaian maklumat visual. Dalam membuat dokumentasi, fact check ni amat kritikal, selagi tak dapat tak publish.

Portal ni nak guna pun senang sebab mereka dah siap buat folder, boleh cari keywords.. dapat je koleksi gambar, korang boleh preview as contact sheet yang siap ada Reference Number. Menurut staff yang beri penerangan tu, Reference Number ni paling penting kalau nak buat permohonan penggunaan gambar.

Contoh macam kat atas tu, sekarang ni kami tengah kumpul info tentang Valley of Hope / Pusat Kusta Negara.. just type je, berpuluh gambar keluar. Ini kami jadikan rujukkan nanti.

Ni dah nak sambut Merdeka, lepas tu Hari Malaysia pulak.. boleh la kalau nak cari gambar.


Try la pi MyFoto. Klik kat sini










 

Comments