ARTIKEL - Kongsi Lensa, Seni & Naskhah di Kongsi Photo Week 2026

 

Sekitar pameran fotografi dalam Kongsi Photo Week 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 11 Oktober 2026 di Art Depot, Balai Seni Negara. Pameran yang mendapat sokongan penuh dari Balai Seni Negara ini menampilkan 29 jurugambar dari Malaysia dan Indonesia dipersembahkan dalam cetakkkan gambar dengan gabungan binaan dan bunyi.

Kongsi Lensa, Seni & Naskhah di KPW26

Komuniti fotografi tempatan kembali diberi ruang untuk berkumpul, berkongsi pengalaman dan memperkenalkan pelbagai pendekatan terhadap medium fotografi menerusi Kongsi Photo Week (KPW26) yang telah berlangsung di Art Depot, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur dari 1 sehingga 11 Oktober lepas.

Program yang mendapat kerjasama penuh bersama Balai Seni Negara itu merupakan antara inisiatif yang dianjurkan oleh KongsiHubKL melalui program Kongsi.Seni, sebuah gerakan yang memberi penekanan kepada perkongsian cerita, fotografi, seni visual dan pembinaan komuniti kreatif.

Penganjuran KPW26 memperlihatkan fotografi tidak hanya berfungsi sebagai medium menghasilkan imej, tetapi turut menjadi ruang mempertemukan jurugambar, penggiat seni, pengumpul, penggemar buku dan masyarakat umum.

Pengarah merangkap kurator KPW26, Syaiful Redzuan Md Nor menjelaskan, antara matlamat festival ialah mengetengahkan dokumentari sebagai platform penceritaan serta menunjukkan bahawa pameran berskala besar boleh dibangunkan melalui pendekatan mandiri.

“Pendekatan yang kami bawakan tidak hanya melihat pengunjung sebagai penonton gambar semata-mata, sebaliknya elemen bunyi, instalasi dan visual turut digunapakai bagi membolehkan pengunjung mengalami sesuatu cerita secara lebih menyeluruh.

“Pameran pada kali ini turut mendapat perhatian Balai Seni Negara melalui kunjungan delegasi  ASEAN Artpreneur Retreat 2026 (AAR 2026),” katanya.

Program yang membuka tirai pada awal Oktober lalu disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Pameran, Koleksi dan Konservasi Balai Seni Negara, Baktiar Naim Jaaffar bagi mewakili pihak institusi seni itu. 



Pengarah Bahagian Pengurusan Pameran, Koleksi dan Konservasi Balai Seni Negara, Baktiar Naim Jaaffar (kiri) menerima cenderamata dari Pengarah merangkap kurator KPW26, Syaiful Redzuan Md Nor ketika merasmikan pameran fotografi dalam Kongsi Photo Week 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 11 Oktober 2026 di Art Depot, Balai Seni Negara.

Program pada kali ini terus mempamerkan kesinambungan usaha KongsiHubKL dalam membina ekosistem fotografi yang lebih terbuka, khususnya melalui kegiatan yang menggabungkan pendidikan, perkongsian pengalaman dan penghasilan karya.

Bengkel Artisan Pembuatan Buku Foto

Lebih menarik lagi apabila edisi kali ini menerbangkan pasangan suami isteri dari Indonesia yang merupakan penerbit mandiri, Guearigaleri, Andi Ari Setiadi dan Caron Toshiko bagi mengemudi pengisian berkisarkan penerbitan buku foto menerusi program "Photobook Dummy Workshop".

Pengisian program sama turut melibatkan pemenang utama Book Photographer Of The Year, Yuji Haikal yang berkongsi pengalaman dan cabaran dalam menerbitkan beberapa naskhah karya peribadinya.

Peserta "Photobook Dummy Workshop" bersama buku yang dihasilkan dalam bengkel tersebut.
Anique Iskandar, Fida Rahman dan Ahmad Fauzi, Awan Jebart, Suriyanita Bagus dan Diana


Penglibatan Visual dalam Dokumentari dan Filem Pendek

KPW26 turut berkesempatan mengetengahkan tayangan siri gambar dari Angkor Hangover serta filem-filem pendek terbitan Dr. Adam Taufiq Suharto dengan koleksi filem antaranya KL Limbo, Kuala Lain dan Sesudah Taiping.



KPW26 turut menampilkan tema WIP atau Work In Progress dengan penglibatan penggiat dari Malaysia dan Indonesia.

Ia sekali gus memperlihatkan usaha membawa fotografi keluar daripada pemahaman konvensional bahawa gambar hanya perlu dipamerkan di dinding galeri.



Antara program-program lain yang boleh dikunjungi termasuk Kongsi.Cerita, Kongsi.Gambar, Kongsi.Layar, Kongsi.Idea, Kongsi.Karya dan Kongsi.Buku yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara langsung dengan jurugambar dan proses fotografi.

KPW26 kali ini menampilkan seramai 29 pengkarya pelbagai genre dari Malaysia dan Indonesia.


Teks : Supian Ahmad  Gambar: Ilham Danish | SyaiRedz


SHARING STORIES, ART and PUBLICATIONS IN KONGSI PHOTO WEEK 2026

The local photography community once again had the opportunity to come together, share experiences and introduce diverse approaches to the medium of photography through Kongsi Photo Week (KPW26), held at Art Depot, National Art Gallery, Kuala Lumpur, from 1 to 11 October.

Organised in full support with the National Art Gallery, the programme was one of the initiatives organised by KongsiHubKL through its Kongsi.Seni programme, a movement that places emphasis on sharing stories, photography, visual arts and building creative communities.

KPW26 demonstrated that photography serves not only as a medium for producing images, but also as a platform for bringing together photographers, artists, collectors, photobook enthusiasts and the general public.

KPW26 director and curator, Syaiful Redzuan Md Nor explained that one of the festival’s objectives was to highlight documentary photography as a storytelling platform and demonstrate that large-scale exhibitions could be developed through independent initiatives.

“Our approach does not regard visitors merely as viewers of photographs. Instead, sound, installations and visual elements are also incorporated to allow visitors to experience a story in a more comprehensive way.

“This year’s exhibition also attracted the attention of the National Art Gallery, with a delegation from the ASEAN Artpreneur Retreat 2026 (AAR 2026) visiting the exhibition,” he said.

The programme, which opened in early October, was officiated by Director of the Exhibition Management, Collection and Conservation Division at the National Art Gallery, Baktiar Naim Jaaffar, representing the institution.

This year’s programme continued to demonstrate KongsiHubKL’s efforts to build a more open photography ecosystem, particularly through activities that combine education, the sharing of experiences and the creation of photographic works.

A highlight of this edition was the invitation of Indonesian husband and wife team,  Andi Ari Setiadi and Caron Toshiko, an independent publishers behind Guearigaleri, to lead a session on photobook publishing through the Photobook Dummy Workshop.

The same programme also featured Yuji Haikal, winner of the Book Photographer of the Year award, who shared his experiences and the challenges of publishing several of his personal photobooks.

KPW26 also featured a slideshow from the Angkor Hangover series, alongside short films produced by Dr. Adam Taufiq Suharto, including KL Limbo, Kuala Lain and Sesudah Taiping.

KPW26 is showcased the main theme, WIP or Work in Progress, theme, featuring participants from Malaysia and Indonesia.

This further demonstrated efforts to move photography beyond the conventional understanding that photographs should only be displayed on gallery walls.

Other programmes open to visitors included Kongsi.Cerita, Kongsi.Gambar, Kongsi.Layar, Kongsi.Idea, Kongsi.Karya and Kongsi.Buku, offering the public opportunities to engage directly with photographers and the photographic process.

KPW26 featured a total of 29 artists working across various genres from Malaysia and Indonesia.

Comments