FILM LOG - Olympus OM4 with OM Zuiko 28mm f2.8 | Fujifilm Superia Premium 400 | Dev&Scan by Saujana Film Lab


Hasil gambar Fujifilm Superia Premium 400 guna Olympus OM-4

Ayer Baloi, Pontian, Johor. Malaysia


Ayer Baloi Revisited
Selepas beberapa bulan dapat Olympus OM4 untuk digunapakai / bela ni, bulan lepas baru berpeluang nak guna dengan menyeluruh.
Model OM4 ni, kalau diikutkan dah agak advance semasa ia dikeluarkan pada tahun 1982 (kalau tak silap) dengan auto mode, highlights control dan spot metering dan juga kelajuan shutter speed hingga 1/2000 - zaman tu biasa ada 1/1000 atau lagi rendah.
Sebelum guna OM10 jadi memang dah biasalah dengan sistem OM ni cuma model OM10 ni perlu beli Manual Adapter asing jika nak kawal shutter speed secara manual, berbanding OM yang dah siap ada fungsi ini - satu fakta yang menarik, OM series ni shutter speed control nya berada di mount hadapan bukan di atas top plate seperti kebanyakkan SLR yang lain.

Kali ini aku guna Zuiko 28mm f2.8 bersama Fujifilm Superia Premium 400. Shoot at box speed, manual exposure dan standard lab processing.

Seperti biasa, lab yang membuat Dev&Scan ialah Saujana Film Lab, Kuala Lumpur.

Boleh juga baca ulasan ringkas di sini
 

Comments