FILM LOG - Ulasan kamera Olympus OM-4

PaduPhoto Agency / Supian Ahmad

Teknologi Mampu Milik

Ini pagi buat maintenance kat Olympus OM4. Tukar LR44, bersihkan body dan tiup lah apa yang patut ditiup untuk buang segala habuk.

Lawa patinna yang terhasil selepas 32 tahun atas muka bumi, penuh dah 'battle scar' kat seluruh mesin analog ini.

Operasi masih cemerlang dan gemilang.

Yang suka sistem OM, korang mesti pernah terbaca pasal  pereka dia, Yoshihisa Maitani..

kecil, ringan, dan berkuasa.. macam dia buat OM-10 tu.

Tapi bila dia buat OM-4 fokus dia lebih kepada profesional user lah. Dah tak jadi kamera point and shoot tapi untuk kerja dan pengguna yang lebih serius.

First time saya dapat OM-4 ni, dah rasa dah dia punya built up lebih padat dan sedap di tangan. Saiz lebih kurang, tapi material yang digunakan memang rasa solid..dan agak berat juga.

Apa yang best pasal OM system ni, shutter speed dial kat leher mount tau, bukan kat top mount. Memula kekok juga, tapi dua tiga kali pakai..ok dah.

Untuk OM-10 dia pakai  Aperture Priority kan, yang OM-4 pulak dah ada semua,  sistem Multi-Spot Metering pun ada. Sistem ni memang canggih untuk zaman dia, boleh baca cahaya pada titik spesifik. Saya nak terangkan pun panjang nau, boleh buat pembacaan lebih lanjut di web lah.

Viewfinder OM-4 ni luas dan terang. Boleh tengok LCD yang tunjuk bacaan dan metering, kamera lain pakai jarum analog lagi.

Kekal menjadi Kamera Utama - Go To Camera

Olympus OM-4 ni pada saya (masih kekal menjadi kamera utama selain Minolta SRT 101) untuk saya bawa ke tugasan dan salah satu kamera manual fokus terbaik sebelum era auto fokus.

Model ni jugak ada accesories yang best macam Auto Motor Drive tu, sekali tekan boleh pergi lima frame sesaat, tapi sanggup ke tak je nak pakai, berat!

Harga terkini, agak tinggi juga berbanding lima tahun dulu, tapi kalau berpeluang mendapatkan nya di bawah para RM1000, ambil lah. Model yang lagi tinggi macam Olympus OM4Ti tu, dah melangkaui jangkauan lah. Jangan tengok harga Olympus OM-3Ti pulak, ini dah masuk kategori Holy Grail dah, murung tengok harganya.

Kalau nak mula guna OM system ni, boleh lah cari OM-10 dulu, masih boleh dengar lah harganya (kalau ada MA, keras sikit jadinya) .. atau nak lagi murah, OM-2000. Cumanya, OM-2000 ni guna nama Olympus tapi yang buat ialah Cosina. Masih ok lah, standard quality oleh Olympus dan buat pun masih di Japan..cuma ia banyak plastik parts dan agak ringan.

Saya pernah ada dulu, tapi tak tau letaknya dimana.. nak cari lah balik untuk lengkapkan koleksi.

Ni gambar yang saya guna OM-4 masa memula dapat dari senior saya di Japan.


NOTA KEKAKIAN

Cosina ni power, bukan setakat OM-2000 je dia buat, banyak brand yang dibuat jugak macam Pentax, Yashica, Canon, Nikon pun depa ada buat jugak untuk pasaran entry level. Tapi, Cosina pun ada model mereka sendiri. Cari lah info pasal Cosina ni, mereka memang power.




Comments